CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7535|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] PDRM tumpas sindiket seleweng diesel, 27 ditahan

[Copy link]
Post time 10-1-2024 11:42 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel membabitkan pembekalan kepada kapal marin yang beroperasi dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, aktiviti dikesan giat berlaku di Pantai Timur sejak 2021 dengan kerugian mencecah RM12 juta.

"Modus operandi sindiket ini adalah memindahkan dan menjual diesel dari kapal yang dikesan melalui rekod Vessel Fuel Monitoring System (VFMS) yang terdapat pada kapal.

"Siasatan dijalankan JSJK susulan daripada hasil pemerhatian awal oleh bahagian siasatan dalaman Petronas," katanya dalam kenyataan, hari ini.



Bertindak atas siasatan itu, beliau berkata, pasukan JSJK menjalankan operasi khas pada Julai dan Oktober lalu.

Katanya, seramai 27 individu daripada pelbagai sektor perkapalan termasuk anak kapal ditahan dalam siri serbuan berkenaan.

Ramli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan Seksyen 414 kanun sama.

Kata beliau, setakat ini, dua individu sudah dihadapkan ke mahkamah dan didakwa atas empat pertuduhan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-diesel-27-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.041239 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list