CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17008|Reply: 0

Tindakan Koperal Mazlan wajar dijadikan contoh - TDM

[Copy link]
Post time 16-1-2024 05:50 PM | Show all posts |Read mode

PETIKAN video menunjukkan seorang daripada dua individu terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang diselamatkan. FOTO Facebook Tentera Darat Malaysia

Georgetown: Tentera Darat Malaysia (TDM) menyifatkan kepantasan anggotanya yang bertugas di Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) menyelamatkan dua mangsa terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di sini, wajar dijadikan contoh.

TDM menerusi kenyataannya berkata, ketika kejadian, Koperal Mazlan Abdul Rahman melalui jambatan berkenaan dan terjun sejurus terdengar jeritan meminta tolong dari bawah jambatan.

Beliau turut memberi bantuan pernafasan Cardiopulmunory Resuscitation (CPR) kepada mangsa selepas merapat ke bot berhampiran.

"Tindakan pantas berkenaan berjaya menyelamatkan nyawa mangsa orang awam yang dipercayai terjatuh ke dalam laut.



"Sikap berani dan pantas yang ditunjukkan oleh Mazlan wajar dijadikan contoh oleh seluruh warga TDM," menurut kenyataan di Facebook, hari ini.

Semalam, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai Shahrul Munawer Taharen berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 7.49 petang berhubung lelaki dan wanita terjatuh di KM2.8 jambatan berkenaan menghala ke Perai, di sini.

Kedua-duanya dikatakan bertelingkah di atas jambatan berkenaan sebelum kedua-duanya terjatuh ke laut.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ijadikan-contoh-tdm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.084532 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list