CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7031|Reply: 0

Maghribi mudah benam Tanzania pada aksi pembukaan

[Copy link]
Post time 18-1-2024 10:47 AM | Show all posts |Read mode

SAISS (kanan) meraikan gol pertama dijaringkannya untuk Magribi bersama En-Nesyri ketika menang 3-0 ke atas Tanzania. FOTO AFP

Abidjan: Pasukan mencipta kejutan mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022, Maghribi menang 3-0 ke atas Tanzania yang beraksi dengan 10 pemain pada perlawanan pembukaan Piala Negara-Negara Afrika, awal pagi tadi.

Ketua pasukan, Romain Saiss, Azzedine Ounahi dan Youssef En-Nesyri menjaringkan gol buat Maghribi manakala Tanzania beraksi dengan 10 pemain selepas Novatus Miroshi dibuang padang.

Walaupun dianggap kuasa besar Afrika sejak beberapa dekad lalu, Maghribi masih memburu gelaran kedua kejohanan selepas kali pertama menjulang trofi kejuaraan di Ethiopia, 48 tahun lalu.

Maghribi mengesahkan penguasaan di pentas antarabangsa lebih setahun lalu di Qatar apabila muncul pasukan pertama dari Afrika layak ke separuh akhir Piala Dunia, termasuk menyingkirkan Sepanyol dan Portugal.
Disyorkan

    Croatia, Maghribi rombak pasukan
    Maghribi agih 13,000 tiket percuma separuh akhir
    Maghribi singkir Portugal, layak separuh akhir
    Penerbangan tambahan untuk penyokong Maghribi

Kemenangan dalam aksi Kumpulan F itu sudah dijangka kerana Maghribi kini berada di ranking ke-13 dunia iaitu 108 tangga di atas Tanzania.

"Kami kekal fokus kerana ada misi besar di sini dan status terkini pasukan yang perlu dihadapi," kata jurulatih Maghribi, Walid Regragui.

"Orang ramai menanti kami menepati jangkaan, tetapi kami kekal berpijak di bumi dan menghormati Tanzania pada perlawanan ini."

Maghribi memulakan perlawanan dengan membariskan tujuh pemain yang bermula ketika mereka tewas 0-2 kepada Perancis di separuh akhir Piala Dunia Qatar.

Ia membabitkan tiga pemain La Liga, masing-masing dua pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Ligue 1 serta dua pemain kelab Liga Pro Saudi.

Ia jauh berbeza dengan Tanzania yang menurukan pemain seperti Tarryn Allarakhia dari kelab bahagian lima Inggeris, Wealdstone.

Hakim Ziyech yang dipinjamkan ke Galatasaray dari Chelsea membuat hantaran lambung yang disempurnakan Saiss untuk gol pembukaan Maghribi.

Harapan Tanzania untuk mencari gol penyamaan musnah apabila Miroshi dilayangkan kad kuning kedua ketika perlawanan berbaki 20 minit.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pada-aksi-pembukaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.055811 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list