CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4821|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Wanita parah ditikam rakan kakak

[Copy link]
Post time 30-1-2024 10:12 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan.

Kuala Lumpur: Wanita tempatan cedera di perut dan beberapa bahagian tubuh yang lain, disyaki ditikam oleh seorang wanita lain di hadapan rumahnya di Batang Kali, dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Ahmad Faizal Tahrim dalam kenyataan malam ini berkata, kes itu berlaku pada 4.04 petang, dan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dan suspek.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, suspek disyaki menikam mangsa di perut menggunakan sebilah pisau berukuran 26.5 sentimeter (cm).

"Mangsa telah mengalami luka koyakan di perut, cedera di bahu, cedera tangan kiri dan tangan kanan, serta cedera di kepala dan telah dibawa ke Hospital Selayang," katanya.



Ahmad Faizal berkata, susulan itu, seorang suspek wanita berusia 31 tahun yang merupakan rakan kakak mangsa, ditahan di sekitar kawasan kejadian bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati, suspek tidak mempunyai rekod lampau dan pihaknya akan memohon tahanan reman ke atas suspek di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Ahmad Faizal turut meminta masyarakat tampil memberi maklumat kepada pihak polis jika mempunyai maklumat berkaitan kes itu dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ditikam-rakan-kakak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.055573 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list