CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4855|Reply: 0

[Melaka] Dua wanita Thailand, lelaki tempatan, dalang sindiket dadah

[Copy link]
Post time 30-1-2024 10:14 AM | Show all posts |Read mode

Pelbagai jenis dadah ketamin dan ekstasi dalam bentuk cecair, serbuk dan pil yang dirampas hasil serbuan ke sebuah rumah di Taman Saga Malim, malam, kelmarin. Foto- IPK Melaka. FOTO IPK MELAKA

Melaka: Sindiket pengedaran dadah berbahaya termasuk ketamin dan pil ekstasi ditumpaskan Polis Kontinjen Melaka hasil serbuan di sebuah kediaman di Taman Saga Malim dekat sini, kelmarin.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, pada 8.15 malam, hasil maklumat awam dan risikan selama sebulan.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Md Nazri Zawawi berkata, keseluruhan rampasan dadah dan harta yang disita dianggarkan bernilai RM689,516.

Menurutnya, hasil serbuan, polis menahan lelaki tempatan dan dua wanita warga Thailand berusia 25 hingga 27 tahun di dalam rumah berkenaan.



Katanya, sewaktu ditahan, ketiga-tiga suspek leka membungkus dadah dan hasil pemeriksaan polis merampas pelbagai jenis dadah dalam bentuk cecair, serbuk dan pil dianggarkan bernilai RM650,369 berserta pistol.

"Dadah dirampas meliputi cecair ketamin seberat 279,840 mililiter, pil erimin 5 seberat 551 gram (g), ekstasi (26 g), ketamin (6,734 g) dan serbuk ketamin dan ekstasi masing-masing seberat 5,250 g dan 1,224 g.

"Cecair dadah itu diisi di dalam botol plastik dan menggunakan label jus minuman tertentu bagi mengaburi pihak berkuasa, manakala pistol dirampas jenis CZ 85 H," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, pihaknya turut menyita harta milik ketiga-tiga suspek dianggarkan bernilai RM39,147, terdiri daripada kereta Proton BLM, barang kemas dan wang tunai berjumlah RM803.

"Siasatan mendapati sindiket didalangi lelaki tempatan dan dua wanita Thailand ini aktif sejak empat bulan lalu.

"Semua dadah yang dirampas pula dipercayai untuk pasaran tempatan, yang boleh digunakan oleh seramai 69,597 orang penagih.

"Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga adalah negatif dadah dan seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau," katanya lagi.

Menurut Md Nazri, ketiga-tiga suspek kini direman tujuh hari bermula semalam hingga 4 Februari depan bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lang-sindiket-dadah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.235844 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list