CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24497|Reply: 0

[Pahang] Jatuh ketika buat panggilan video, warga Nepal dikhuatiri lemas

[Copy link]
Post time 12-2-2024 11:04 PM | Show all posts |Read mode
Jatuh ketika buat panggilan video, warga Nepal dikhuatiri lemas


BERNAMA



GAMBAR hiasan



Kuantan: Seorang warga Nepal dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh dari kawasan berbatu ketika membuat panggilan video di Teluk Tongkang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pihaknya menerima laporan mengenai mangsa dikenali sebagai Ganesh Rana, 22, pada 5.50 petang.

Beliau berkata mangsa yang juga pekerja di sebuah kilang di sini, dikatakan pergi ke lokasi kejadian bersama beberapa rakannya sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

"Menurut rakan mangsa, ketika kejadian mereka duduk di kawasan berbatu dan mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ketika sedang membuat panggilan video bersama kakaknya sekitar 4.30 petang.

"Rakan mangsa cuba menyelamatkannya dengan mencapai baju mangsa, namun gagal kerana mangsa dibawa arus kuat," katanya dalam kenyataan malam ini.

Wan Mohd Zahari berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa dilaksanakan di sepanjang Teluk Tongkang sehingga pantai Teluk Cempedak sebelum ia ditangguhkan kerana cuaca buruk.



Disiarkan pada: Februari 12, 2024 @ 10:43pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.081742 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list