CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2909|Reply: 0

ESSCOM jamin kurangkan jenayah rentas sempadan

[Copy link]
Post time 14-3-2024 02:04 PM | Show all posts |Read mode

DUA bot berkuasa tinggi milik PDRM berada di perairan Sabah, memastikan keselamatan pulau peranginan sekitar ESSZONE, Lahad Datu dan Semporna, Sabah. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Komandernya Datuk Victor Sanjos berkata misi utama penubuhan ESSCOM adalah memastikan tiada pencerobohan berlaku namun penjenayah rentas sempadan sering mengambil peluang melakukan jenayah di kawasan ESS Zone.

"Selain menjaga keselamatan, ESSCOM juga memberi jaminan untuk mengurangkan jenayah rentas sempadan... kalau penculikan atau pencerobohan mungkin boleh dihapuskan terus tetapi jenayah rentas sempadan ini agak sukar.

"Kita mahu aktiviti penduduk yang tinggal di persisiran pantai ini menjadi mata, telinga dan sahabat kita supaya mereka boleh bertindak sebagai pengawal dan memberi maklumat," katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV hari ini.



Turut hadir dalam rancangan itu Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM Datuk Dr Jamaluddin Mohd Ali.

Beliau berkata apabila terdapat perayaan atau acara besar dalam negara atau di negara sempadan, permintaan barang bersubsidi sering menjadi 'barangan panas' untuk dibawa keluar ke negara jiran.

"Saya berharap kerajaan akan memperkenalkan penggunaan pesawat tanpa pemandu (UAV) di kawasan laut terbuka. Saya percaya dengan kehadiran pesawat seperti itu, penjenayah yang melihat kehadiran pesawat itu pasti akan lari," katanya.

Sementara itu, Jamaluddin berkata sebanyak RM40 juta telah diluluskan Kerajaan Madani pada Julai tahun lalu untuk menaik taraf kemudahan pasukan itu.

"Kita telah membuat perolehan iaitu sebanyak 40 unit perumahan di Lahad Datu untuk anggota ESSCOM.

"Sebahagian daripada peruntukan itu juga, kita telah membuat pembelian pejabat yang digunakan sekarang ini di Lahad Datu," katanya yang turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan kepada ESSCOM.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... yah-rentas-sempadan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 192005 Replies : 4429
‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’ – Pengguna Diesel Mitsubishi Triton VGT Luah Rasa Tekejut.Anda tekejut?
YgBenar‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’
Views : 5063 Replies : 23
DELETED
lovelytouchDELETED
Views : 708 Replies : 0
Situs Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace88 Link Alternatif Resmi Dan Terpercaya
Winpalace88LogSitus Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace
Views : 707 Replies : 0
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4539 Replies : 39
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6550 Replies : 39
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 2750 Replies : 18
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 11700 Replies : 158
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29792 Replies : 219
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40766 Replies : 249

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.049452 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list