View: 4997|Reply: 0
|
[Selangor]
Sedekah ais percuma untuk berbuka puasa
[Copy link]
|
|
Tangkap layar memaparkan tapak pemberian ais percuma sepanjang Ramadan.
PETALING JAYA – Tindakan seorang individu menyediakan ais percuma sepanjang bulan Ramadan kepada orang ramai dipuji kerana beliau dikatakan sangat kreatif dalam bersedekah.
Menerusi video yang dikongsikan di Tik Tok @shafiqalsukri, gerai yang berbumbungkan khemah kanvas itu menyediakan beberapa tong berisi ais untuk disedekahkan dan orang ramai boleh mengambil sendiri berapa banyak ais yang mereka perlukan.
“Murah rezeki abang. Terima kasih kongsi rezeki dengan kami. Siapa yang duduk area (kawasan) Padang Serai boleh pi (pergi) dekat Taman Lagenda,” katanya.
Difahamkan juga, sudah dua tahun peniaga tersebut berkongsi rezeki dengan cara yang sama di tapak khemah itu.
”Dari tahun lepas tuan ais ini buat, semoga dimurahkan rezeki selalu tuan ais,” komen Anis.
“Tahun ini sudah dua kali dah ambik. Tahun lepas lagi tak terkira banyak kali ambik,” komen Ainee.
Tindakan peniaga tersebut juga menjadi inspirasi buat orang lain supaya berbuat demikian kerana ia merupakan ladang pahala yang paling mudah untuk dilakukan sepanjang bulan Ramadan ini.
“Tak pernah orang terfikir nak buat macam ni. Nampak kecil tapi besar impaknya.
“Buat pahala begitu senang sekali..pahala yang sentiasa mengalir,” komen pengguna yang lain. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ntuk-berbuka-puasa/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|