View: 4597|Reply: 0
|
[Selangor]
Roti pocong RM10 dijual di bazar Ramadan
[Copy link]
|
|
Tangkap layar menunjukkan juadah dinamakan roti pocong di sebuah bazar Ramadan
PETALING JAYA – Kreativiti seorang peniaga bazar Ramadan menjual roti pocong sebagai juadah berbuka puasa telah mencuri perhatian ramai.
Melalui perkongsian di laman X oleh Yusri Baharin, dia terkejut dengan nama juadah tersebut yang dinamakan roti pocong.
Menerusi gambar yang dikongsikan, juadah yang dijual pada harga RM10 sebungkus itu telah dibungkus seakan-akan menyerupai pocong.
Rata-rata pengguna media sosial terkejut dan memberi komen lucu apabila melihat juadah seperti itu yang tidak pernah mereka lihat.
“Eh lah terkejut saya” Kata Hanisah
“Kombinasi antara lapar dan terkejut” Kata Reen
“Selepas ini ada pula roti pontianak” Kata Naufakhaziq
“Ini dekat Stadium Paroi tetapi tak pernah cuba lagi,” Kata Alif
Sehingga kini video yang dimuat naik di laman X telah mendapat lebih 124,000 ribu tontonan, 476 tanda suka dan 336 perkongsian – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... l-di-bazar-ramadan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|