View: 10792|Reply: 1
|
Marhan resah, pemain gagal jelmakan gol menerusi PC
[Copy link]
|
|
AKSI Marhan bersama skuad negara di PSAS, Ipoh, Perak. -FOTO Bernama
Ipoh: Kesukaran skuad hoki negara untuk menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti di Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) agak meresahkan kapten skuad hoki negara, Marhan Jalil menjelang beberapa lagi kejohanan bakal disertai selepas ini.
Memberi contoh pertemuan dengan Korea Selatan semalam pada saingan yang berlangsung secara liga sepusingan itu, Marhan berkata, skuad negara memperoleh lapan pukulan sudut penalti namun kesemuanya gagal diterjemahkan menerusi gol.
Ia sekali gus memberi kesukaran kepada Speedy Tigers yang hanya dapat melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Korea hasil jaringan padang penyerang negara, Mohamad Akhimullah Anuar Esook.
Marhan yang juga tonggak pertahanan negara, turut resah dengan benteng pertahanan yang kerap memberi ruang kepada lawan untuk memasuki kawasan D skuad negara.
"Sangat sukar untuk mendapatkan kemenangan pada perlawanan ini (Korea Selatan) sebab kita dapat banyak PC (pukulan sudut penalti) tetapi tidak dapat disempurnakan dengan gol, jadi itu agak merisaukan saya.
"Ada perkara yang tidak menjadi, jadi kami perlu bangkit semula dan saya harap kita dapat perbaiki segala kelemahan yang ada," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih skuad negara, Sarjit Singh mengulangi apa yang pernah dinyatakannya sebelum ini bahawa beliau dalam proses membentuk pasukan dan segala kelemahan akan diteliti semula.
"Kami perlukan sekurang-kurangnya 40 perlawanan pada setiap tahun. Saya harap kesemua pemain akan diberi peluang sama rata untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.
"Harap apabila kami beri peluang kepada mereka untuk beraksi, mereka dapat berikan aksi terbaik di atas padang," katanya.
Selepas berakhir PSAS, skuad negara akan menyertai kejohanan Piala Negara-Negara di Poland dari 30 Mei hingga 9 Jun dan Trofi Juara-Juara Asia dari 8 hingga 17 September di Inner Monggolia, China.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kan-gol-menerusi-pc |
|
|
|
|
|
|
| |
|