View: 6103|Reply: 0
|
FAM seru peminat terus sokong Harimau Malaya
[Copy link]
|
|
YUSOFF menyedari ketika ini pasukan kebangsaan menghadapi sedikit kesukaran. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia
Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyeru peminat setia bola sepak di Malaysia untuk terus memberi sokongan penuh kepada pemain Harimau Malaya akan menghadapi dua perlawanan penting peringkat Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan ini.
Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi berkata, pemain kebangsaan ketika ini memerlukan tonik tambahan untuk mereka berjuang mendapatkan enam mata penting bagi memastikan berada dalam kedudukan dua terbaik peringkat kumpulan dan layak ke pusingan seterusnya.
Jelasnya, beliau menyedari ketika ini pasukan kebangsaan menghadapi sedikit kesukaran kerana beberapa pemain utama tidak dapat bersama-sama akibat kecederaan tetapi melalui sokongan ikhlas peminat kepada pemain, perkara itu boleh mengubah keadaan kem pasukan Malaysia menjadi lebih baik.
"Harapan saya kepada peminat, sentiasa berikan sokongan dan kita berdoa moga pasukan ini dapat (berikan yang terbaik). Macam kita tahu, perlawanan menentang Kyrgyzstan ini adalah perlawanan yang sangat-sangat penting. Kalau pemain dapat memberikan komitmen yang 100 peratus ataupun semangat yang jitu untuk ini (pada hari perlawanan itu), saya fikir itu bukan perkara mustahil (mendapatkan kemenangan).
"Yang penting kita sebagai penyokong, kita sentiasa bersama pasukan dan beri sokongan moral. Macam sekarang, mungkin kita tak dapat pergi sana (beri sokongan di Kyrgyzstan). Tapi kita main media sosial. Beri sokongan melalui media sosial. Tunjukkan sokongan itu kepada pemain.
"Pemain-pemain ini baca. Tapi jangan (beri komen negatif) seperti kalau pasukan kita ini sudah lemah, pasukan kita ini sudah tak bagus, pemain pun mungkin koyak. Belum main pun sudah macam-macam (terima kritikan). Jadi itulah pada saya. Kita tak boleh harapkan sesuatu yang terlampau. Kita kena pijak di bumi yang nyata. Kita baru di peringkat Asia," katanya.
Pada masa sama, Yusoff berkata, beliau percaya barisan jurulatih terutama pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon sudah pasti ada perancangan tersendiri dan opsyen lain yang akan digunakan agar pasukan dapat menampilkan prestasi terbaik dalam dua perlawanan terakhir nanti.
"Mesti sebagai seorang jurulatih, dia ada backup plan. Tak boleh kita harapkan satu pemain itu, tiba-tiba bila pemain itu tiada? Walaupun mungkin kita tak dapat mencapai kehendak itu maksimum, tapi mesti ada perancangan untuk tampung kekurangan itu.
"Contohnya, kalau mungkin pemain ini kita punya target man dia tak main, apa pelan lain untuk menampung kekurangan itu tadi? Pakai dua tiga ini ke (penyerang). Perancangan itu sudah lain. Daripada main secara target man, mungkin main secara lain (perubahan taktikal). Sistem itu sudah lain," katanya.
Terdahulu, Malaysia akan menentang Kyrgyzstan di tempat lawan pada 6 Jun ini sebelum menutup saingan pusingan kedua bertemu Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 11 Jun ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kong-harimau-malaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|