View: 5765|Reply: 1
|
[Terengganu]
Peniaga kena denda RM4,500 kerana terima, simpan harta curi
[Copy link]
|
|
Feliciano Shaif Cubinar Tajul Ariffin didenda RM4,500 di Mahkamah Majistret kerana menerima dan menyimpan harta curi iaitu wang tunai sebanyak RM13,616 milik seorang wanita. Foto NSTP Zatul Iffah Zolkiply
KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga didenda RM4,500 di Mahkamah Majistret, di sini hari ini kerana menerima dan menyimpan harta curi iaitu wang tunai sebanyak RM13,616 milik seorang wanita.
Tertuduh, Feliciano Shaif Cubinar Tajul Ariffin,22, turut berdepan hukuman penjara sembilan bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
Keputusan itu dibuat Majistret Noor Mazrinie Mahmood selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curang menerima dan menyimpan harta curi milik seorang wanita berjumlah RM13,616 yang dimasukkan ke dalam akaun tertuduh.
Tertuduh mengetahui transaksi kemasukan wang pindahan dalam talian itu adalah harta curi.
Dia didakwa melakukan di Pasar Payang, di sini, pada jam 2.58 petang, 28 Disember 2022.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aisyah Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
https://www.bharian.com.my/berit ... a-simpan-harta-curi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|