View: 4107|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Bapa dipenjara kerana pukul, paksa anak jalan itik
[Copy link]
|
|
TERTUDUH di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur: Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menganiaya dua anak kandungnya dengan menyuruh mereka berjalan itik tanpa henti dan memukul menggunakan jaring raket badminton.
Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang juga penganggur berusia 35 tahun mengaku bersalah atas semua pertuduhan dikemukakan.
Fadzlin Suraya turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 1 Jun lalu dan hukuman bagi setiap pertuduhan berjalan serentak.
Mengikut semua pertuduhan, bapa lima anak itu sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan ke atas dua anaknya iaitu remaja lelaki berusia 13 tahun dan remaja perempuan berusia 15 tahun didakwa dengan sengaja menganiaya mereka sehingga mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di kediaman di Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kepong Utara, di sini antara 9 malam pada 30 Mei sehingga 1 Jun 2024.
Oleh itu bagi semua pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, tertuduh merayu hukuman ringan memandangkan dia adalah penanggung tunggal kepada keluarga selain insaf akan kesalahan yang dilakukan.
"Saya mempunyai tiga lagi anak yang masih kecil dan saya penanggung tunggal keluarga. Saya juga mempunyai penyakit kronik iaitu kencing manis, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
"Mohon mahkamah mengurangkan hukuman saya kerana saya mahukan peluang kedua untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil," katanya.
Fadzlin Suraya kemudian menyoal tertuduh berhubung punca dia menganiaya dua anak kandungnya itu.
Tertuduh: Sebab saya tengok kelakuan mereka dengan adik-adik lain pelik sikit.
Hakim: Jadi, apa tujuan kamu pukul mereka? Kamu pukul untuk mengajar lah?
Tertuduh: Ya… Tapi saya tak sangka situasi boleh menjadi seteruk ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd Latip kemudian memohon satu hukuman yang setimpal ke atas tertuduh bagi memberikan pengajaran kepada lelaki itu dan orang ramai di luar sana untuk tidak mengulangi kesalahan sama.
Mengikut fakta kes, tertuduh dengan sengaja memukul kedua-dua kaki anak kandung lelakinya berusia 13 tahun menggunakan jaring yang terpasang pada sebatang raket badminton kira-kira 9 malam hingga 12 malam pada 30 Mei lalu.
Tertuduh turut melempang muka dan memukul bahagian badan remaja berkenaan pada tarikh dan waktu sama.
Manakala pada 31 Mei lalu, kira-kira 3 hingga 5 petang, anak remaja perempuan berusia 15 tahun turut dipukul dengan jaring raket badminton di mukanya.
Kedua-dua kesalahan itu menyebabkan kecederaan ke atas dua remaja berkenaan sepertimana di dalam laporan awal perubatan.
Tertuduh turut menyuruh dua remaja itu berjalan itik di dalam rumah tanpa henti dalam tempoh lama sehingga mungkin menyebabkan kecederaan emosi atau fizikal ke atas dua remaja itu antara 1 pagi hingga 5 pagi pada 1 Jun lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ksa-anak-jalan-itik |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|