CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36320|Reply: 0

[Sabah] Filem ‘Takluk’ tingkat kesedaran masyarakat jaga kedaulatan negara

[Copy link]
Post time 26-8-2024 04:32 PM | Show all posts |Read mode


MOHD SYAFIQ

LAHAD DATU: Filem yang dihasilkan berdasarkan insiden sebenar yang pernah berlaku di negara kita seperti ‘Takluk’ mampu menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kedaulatan negara.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Silam, Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin berkata, filem seumpama ini juga mampu menjadi medium untuk masyarakat memahami insiden berkenaan.

Katanya, seperti filem ini, masyarakat dapat melihat situasi sebenar yang berlaku ketika insiden pencerobohan oleh pengganas di Lahad Datu dan Semporna.

“Jika sebelum ini, masyarakat hanya mendengar dan mengetahui rentetan insiden melalui cerita atau berita, kini dengan adanya filem ini, masyarakat dapat bersama melihat kejadian yang telah berlaku.

“Apa yang penting, masyarakat khususnya generasi muda dapat mengambil iktibar dan bersama menjaga kedaulatan negara kita,” katanya.

Mohd Syafiq berkata demikian ketika ditemui pada Program Tayangan Filem Percuma Takluk: Lahad Datu yang merupakan inisiatif bersama AMK Cabang Silam, Taqwa Haramain Travel and Tours, Iqhmalya Trading dan A4 Supply and Services.

Menurut Mohd Syafiq, objektif program ini adalah bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Program ini juga katanya, mampu mengeratkan hubungan antara AMK dan komuniti setempat melalui aktiviti berasaskan seni dan hiburan.

“Ia adalah program julung kali diadakan oleh AMK Cabang Silam dan kita berharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat,” tambahnya.

Terdahulu, sebanyak 280 keping tiket diberikan kepada para jemputan seperti pihak keselamatan, pengamal media serta orang ramai dalam program berkenaan.

Filem Takluk: Lahad Datu adalah sebuah filem yang diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dengan jalan cerita adaptasi dari insiden pencerobohan yang berlaku di daerah ini pada 2013.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.046748 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list