CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33167|Reply: 0

[Sarawak] S PAY Global perluas jaringan ciri baharu dengan pautan bersama QR DuitNow

[Copy link]
Post time 5-12-2024 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 5-12-2024 08:53 AM



Abang Johari bergambar bersama rombongan diketuai Anderson (kanan) di Wisma Bapa Malaysia, Kuching hari ini. Turut kelihatan Muhammad Abdullah (tiga kanan), Abdul Aziz (empat kanan) serta yang lain.

KUCHING: Aplikasi e-dompet Kerajaan Sarawak iaitu S PAY Global memperluaskan jaringan ciri-ciri baharunya dengan pautan bersama QR DuitNow hasil kerjasama dengan Payments Network Malaysia (PayNet).

Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) Dato Dr Anderson Tiong Ing Heng berkata, hasil kerjasama ini membolehkan S PAY Global mengimbas aplikasi e-dompet DuitNow yang digunakan oleh peniaga.

"Malah aplikasi e-dompet DuitNow yang lain juga boleh mengimbas e-dompet para peniaga dalam S PAY Global.

“Justeru ciri-ciri baharu ini membuka ruang kepada ketersambungan yang lebih baik agar urus niaga rakyat Sarawak berjalan dengan lancar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang antara lain bertujuan mengemas kini ciri-ciri baharu yang terdapat dalam aplikasi S PAY Global di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Pengerusi SiliconNet Technologies Sdn Bhd Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Information System Sdn Bhd (SAINS) Busiai Seman.

Menurutnya, inisiatif ini bertujuan meningkatkan ketersambungan dan kelancaran urus niaga terutama bagi rakyat Sarawak yang kini dapat menikmati pengalaman pembayaran yang jauh lebih mudah dan efektif.

"Setakat ini, S PAY Global telah mencatatkan transaksi pembayaran berjumlah RM4.3 bilion sejak ia dilancarkan pada 2017," katanya.

Tambah Anderson lagi, sejumlah 118 juta transaksi telah dilakukan melalui aplikasi ini dengan lebih daripada 780,000 pengguna berdaftar manakala 92,000 peniaga terlibat sama.

S PAY Global telah menjadi aplikasi pembayaran utama di Sarawak terutama di kawasan luar bandar bagi memudahkan rakyat membayar bil utiliti dan pelbagai urusan harian selaras dengan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak (SDE) 2030.

Anderson menambah, kerjasama dengan PayNet ini merupakan langkah positif dalam merealisasikan visi ekonomi digital Sarawak yang inklusif dan berdaya saing pada masa depan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.035306 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list