CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7946|Reply: 0

Gencatan senjata di Gaza bermula Ahad - PM Qatar

[Copy link]
Post time 16-1-2025 10:16 AM | Show all posts |Read mode

Beribu warga Palestin meraikan keputusan rundingan gencatan senjata di Gaza. - Foto AFP

ISTANBUL: Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Mohammed bin Abdulrahman mengumumkan kejayaan pengantara mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza, dengan pelaksanaannya dijadual bermula Ahad ini.

Agensi Anadolu (AA) melaporkan dalam sidang media yang diadakan di Doha, Mohammed, berkata fasa pertama perjanjian itu akan berlangsung selama 42 hari dan membabitkan pembebasan 33 tahanan Israel sebagai pertukaran dengan sejumlah tahanan Palestin yang tidak dinyatakan.

Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Mohammed bin Abdulrahman. - Foto AFP

Mohammed turut memaklumkan bahawa Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) "akan berusaha memastikan pelaksanaan perjanjian itu" dengan mekanisme bagi memantau pelaksanaannya serta menangani sebarang kemungkinan pelanggaran.

Menteri Qatar itu turut menyuarakan harapannya agar "tiada operasi ketenteraan akan dijalankan dalam tempoh menjelang pelaksanaan perjanjian itu."



Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sebelum ini berkata beberapa klausa dalam perjanjian Gaza masih "belum diselesaikan" tetapi berharap untuk "memuktamadkannya malam ini".

Terdahulu, tentera Israel mempertingkat serangan ke atas Gaza, mengebom sebuah sekolah yang menjadi tempat perlindungan dan beberapa rumah di seluruh Semenanjung, yang membunuh sekurang-kurangnya 62 orang dalam tempoh 24 jam lalu.

Sejak 7 Oktober 2023, perang Israel di Gaza telah menyebabkan sekurang-kurangnya 46,707 rakyat Palestin terkorban dan 110,265 cedera.

Pada hari yang sama, serangan yang dipimpin Hamas di Israel mengakibatkan sekurang-kurangnya 1,139 orang terbunuh dan lebih daripada 200 orang telah ditawan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.909196 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list