CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7541|Reply: 0

[Sarawak] Runtuhan tanah di Kampung Lereng Bukit, lebih 300 mangsa dipindahkan

[Copy link]
Post time 29-1-2025 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-1-2025 02:54 AM



Anggota bomba memantau salah satu lokasi runtuhan tanah di Kampung Lereng Bukit yang menjejaskan beberapa buah rumah.









MIRI: Seramai 331 mangsa dari 49 buah keluarga di Kampung Lereng Bukit, dipindahkan ke kawasan selamat di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kompleks Bulan Sabit Merah (BSM) Miri, sehingga jam 7 malam tadi.  

Kesemua penghuni di kawasan terbabit dipindahkan ke PPS Kompleks BSM Miri, bersama tujuh keluarga terjejas yang dipindahkan pagi tadi, atas aspek keselamatan, ekoran hujan yang masih berterusan hingga malam ini.

Sebanyak tiga runtuhan tanah dikesan berlaku di kawasan Kampung Lereng Bukit hari ini dan kejadian berpunca akibat hujan lebat yang turun secara berterusan dalam tempoh 24 jam lalu di sini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, terdapat tujuh buah rumah terjejas dari runtuhan tanah yang berlaku pada pukul 6 pagi tadi.

Pasukan keluaran operasi bertindak memantau kawasan berhampiran yang turut terlibat dalam runtuhan bersama agensi lain dan membantu operasi pemindahan.

Utusan Borneo turut dimaklumkan ketika ini, pihak polis juga berada di kawasan terbabit untuk menjaga keselamatan kampung manakala pasukan JBPM pula memantau keadaan dari semasa ke semasa.  

Selain pihak JBPM dan polis, agensi lain yang turut terlibat ialah Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Sarawak Energy Berhad (SEB), Pejabat Residen Miri dan Pejabat Daerah Miri.

Dalam perkembangan lain, menerusi maklumat yang dikongsikan di laman Facebook Polis Trafik Daerah Miri, pasukan polis turut mengambil inisiatif membantu membersihkan ranting pokok susulan cuaca hujan di sekitar Miri hari ini.

Semasa menjalankan rondaan cegah kemalangan sempena Op Selamat, 23 pegawai dan anggota yang bertugas telah mendapati terdapat pokok di tepi jalan telah tumbang dan menghalang laluan pengguna jalan raya.

Sebagai tindakan awal, mereka telah mengalihkan dan membersihkan ranting-ranting pokok yang telah menghalang dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Menurut catatan itu lagi, pihak polis akan sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik demi keselesaan, keselamatan dalam memastikan aliran trafik berjalan lancar sepanjang tempoh Op Selamat berlangsung.

Hujan yang berterusan dalam tempoh 24 jam sejak semalam di Miri telah menyebabkan bencana alam seperti tanah runtuh, jalan raya di banjiri air dan pokok tumbang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.083452 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list