View: 6141|Reply: 5
|
[Tempatan]
Dua beradik dipenjara curi van jenazah untuk bayar hutang along RM30,000
[Copy link]
|
|
Dua beradik dipenjara curi van jenazah untuk bayar hutang along RM30,000
Abdul Hamid dan Faizal (masing-masing memakai pelitup muka, kanan dan tengah belakang) ketika hadir di Mahkamah Majistret Klang. FOTO NSTP
Klang: Terdesak untuk melunaskan hutang along RM30,000, dua beradik dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menyimpan van jenazah yang dicuri daripada sebuah masjid, Sabtu lalu.
Majistret Amirul Asyraf Abd Rashid menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Abdul Hamid Rizan, 27, dan adiknya, Faizal Rizan, 23, mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Mahkamah memerintahkan mereka dipenjara bermula tarikh tangkap pada 25 Januari lalu.
Mengikut pertuduhan pilihan, dua lelaki itu didakwa secara bersama-sama menyimpan harta curi iaitu sebuah van jenazah jenis Toyota Hiace bernilai RM30,000 milik sebuah masjid di Kampung Telok Gong, dekat Pelabuhan Klang yang dilaporkan hilang.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di surau sebuah pangsapuri di Iskandar Puteri, Johor sekitar 1.05 pagi, 25 Januari lalu.
Oleh itu, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan sehingga lima tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, pengadu seorang lelaki berusia 32 tahun membuat laporan polis berhubung kecurian van jenazah di masjid terbabit pada 2.30 petang, 17 Januari lalu sehingga jam 7.45 petang, 21 Januari lalu dengan anggaran kerugian sebanyak RM30,000.
Pada Ahad lalu sekitar 1.05 pagi, seorang saksi menahan kedua-dua tertuduh yang berasal dari Sabah di hadapan sebuah surau di Johor bersama van dengan nombor pendaftaran palsu itu.
Semakan mendapati nombor pendaftaran asal kenderaan yang dinaiki kedua-dua tertuduh adalah milik van jenazah yang dilaporkan hilang di masjid dekat Kampung Telok Gong di Pelabuhan Klang.
Terdahulu, peguam Mark Jeyakumar yang mewakili kedua-dua tertuduh dalam rayuannya memohon anak guamnya melakukan kesalahan itu berikutan terdesak apabila sekumpulan individu peminjam wang tidak berlesen kerap mengganggu mereka.
Katanya, kedua-dua tertuduh melakukan pinjaman itu kerana terdesak untuk menanggung isteri dan anak masing-masing selain dua lagi adik mereka berusia 17 dan 14 tahun.
"Mereka dijanjikan mendapat bayaran berjumlah RM30,000 dengan melakukan kesalahan mencuri itu.
"Peminjam wang tidak berlesen ini kerap mengganggu empat beradik ini. Mereka terdesak," katanya.
Justeru, Jeyakumar memohon supaya mahkamah mengenakan bon berkelakuan baik ke atas kedua-dua tertuduh, bagaimanapun sekiranya mahkamah berpendapat perintah itu tidak bersesuaian merayu supaya anak-anak guamnya itu dikenakan hukuman penjara minimum.
"Kedua-dua tertuduh bekerja di gudang sebuah platform e-dagang. Abdul Hamid menanggung isteri yang juga suri rumah dan tiga anak, manakala Faizal mempunyai seorang isteri namun tiada cahaya mata.
"Ibu bapa kedua-dua tertuduh ini sudah meninggal dunia. Anak guam memohon maaf atas kejadian ini dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa depan," katanya.
Sementara itu, Pegawai Pendakwa Inspektor Mohamad Rabiul Awal Ishak memohon supaya kedua-dua tertuduh dijatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran.
"Mohon mahkamah mengambil kira harta curi itu adalah kenderaan yang digunakan bagi kemudahan awam untuk pengurusan jenazah.
"Selain itu mohon barang kes (van jenazah) diserahkan semula kepada pemilik asal," katanya.
Selepas menjatuhkan hukuman itu, Amirul Asyraf mengarahkan supaya barang kes dikembalikan kepada pemilik asalnya.
Disiarkan pada: January 28, 2025 @ 3:25pm
https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2025/01/1181446/dua-beradik-dipenjara-curi-van-jenazah-untuk-bayar-hutang-along-rm30000
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku agak simpati sbb terdesak tp pd ms sama aku risau diorg ada songlap parcel customers. Apa yg buatkan korg pinjam ahlong?? Kalau setakat nk tanggung makan minum, keje hantar parcel aku rs agak cukup kalau selera x besar. Aku kenal je budak delivery aku.. dh bertahun dia keje muka dia je hantar parcel aku, elok je dia. |
|
|
|
|
|
|
|
curi van RM30,000
hukum penjara 6 bulan
naper x bagi diskaun 50% tempoh penjara dan convert penjara kpd tahanan umah
curik 1mdb puluhan billion
diskaun tempoh penjara 50%
penjara convert jadi tahanan umah
denda pun dapat diskaun
dunia dunia |
|
|
|
|
|
|
|
Van jenazah milik sebuah masjid di Pelabuhan Klang
Pencuri kantoi di sebuah surau di Iskandar Puteri?
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku susah nak simpati
1. Mencuri
2. Van Jenazah
3. Pinjam ah long
Cukup perisa untuk maximum sentence.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 30-1-2025 05:19 AM
Aku pulak susah nak simpati kpd org Sabah ada perangai spt Indonesian/pilipin jenayah |
|
|
|
|
|
|
| |
|