CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5596|Reply: 0

Sambung belajar di UPSI, Amerul Affendi nak jadi pensyarah

[Copy link]
Post time 29-1-2025 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Mahu mengejar cita-cita sebagai seorang pensyarah, pelakon Amerul Affendi memberitahu dia bakal menyambung pengajian ijazah sarjana dalam bidang Seni Persembahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Amerul atau Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 38, berkata dia akan mengikuti kursus Pengkreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL Q) bermula Mac ini.



"Insya-Allah tahun ini saya akan sambung belajar di UPSI, masih dalam bidang yang sama iaitu seni persembahan. Saya nak mengajar dan jadi pensyarah.

"Jadi saya mengikuti program Apel Q di UPSI yang memerlukan pengalaman berkerja sekurang-kurangnya 10 tahun," katanya kepada mStar.

Menurut Amerul keputusan itu dibuat selepas ramai pendatang baharu bertemu dengannya untuk meminta ilmu namun dirinya belum bersedia kerana tidak memiliki sebarang sijil.

  


Katanya, selepas berjaya memiliki ijazah sarjana nanti dia pastinya akan lebih yakin untuk menurunkan ilmu lakonan yang dimilikinya.

"Saya belum bersedia... tak yakin untuk mengajar kerana nak mengajar kena ada ilmu lain pula. Selepas dapat master mungkin masa itu saya sudah tahu nak goreng macam mana.

"Saya pun rasa sudah tiba masa untuk saya beri semula ilmu yang saya sudah ada kepada generasi baru.

"Nak bersaing dengan bakat-bakat baru pun ya, saya macam sangat tercabar dengan mereka," kongsinya.

Amerul yang terkenal dengan filem Prebet Sapu ini juga memberitahu bakal mengikuti kursus ini sepenuh masa namun ia bukan bermaksud mahu bersara daripada dunia lakonan.

  


Malah dia juga sudah melakukan persiapan untuk menguruskan kebun yang berada di Pahang sebelum melanjutkan pelajaran.

"Ini bukan bersara, lakonan tetap nombor satu mengajar pun bidang lakonan juga. Hanya mahu kekal relevan.

"Kebun okay sahaja, semua sudah berjalan sendiri boleh pantau dari jauh lagi pun sekarang banyak teknologi yang boleh kita periksa melalui telefon... kan dah canggih," luahnya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.032966 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list