CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15876|Reply: 0

[Sarawak] Semua agensi kerajaan digesa bekerjasama tangani masalah banjir

[Copy link]
Post time 30-1-2025 07:32 AM | Show all posts |Read mode


Ugak ketika ditemui media semasa berkunjung ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) Peringkat Sarawak 2025 hari ini.

KUCHING: Semua agensi kerajaan persekutuan dan negeri digesa untuk bekerjasama dalam menangani masalah banjir yang melanda Bintulu ketika ini.

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, kejadian banjir kali ini amat membimbangkan kerana Bintulu sebelum ini jarang mengalami bencana tersebut.

“Bintulu kini dilanda banjir, sesuatu yang jarang berlaku sebelum ini. Oleh itu, saya menggesa semua agensi berkaitan untuk tampil membantu dalam usaha menangani situasi ini dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) Peringkat Sarawak 2025 anjuran Kerajaan Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Ugak turut meminta agar Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) segera mengambil tindakan bagi menangani impak banjir di kawasan yang terjejas.

“Di sekitar kawasan LNG (Bintulu), banyak tempat kini ditenggelami air. Bukan itu sahaja, kawasan Parlimen saya (Hulu Rajang), khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Murum, turut terkesan akibat banjir,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mahu pelbagai agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) segera dikerahkan bagi membantu penduduk yang terjejas.

Ditanya mengenai keadaan banjir di Parlimennya, Ugak berkata beliau telah dimaklumkan bahawa beberapa kawasan seperti Ulu Tubau dan Ulu Jelalong telah terputus hubungan akibat banjir.

“Mereka (penduduk) telah menghubungi saya dari Ulu Tubau untuk memaklumkan keadaan semasa.

“Saya difahamkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghantar barang keperluan bagi memastikan penduduk mendapat bantuan secepat mungkin,” katanya.

Menurutnya, penghantaran bantuan ke kawasan yang terputus hubungan dilakukan menggunakan bot kerana jalan darat tidak dapat dilalui.

“Malah, saya telah mengarahkan beberapa tuai rumah dari pusat khidmat saya untuk meninjau keadaan di lokasi terjejas dan bekerjasama dengan JKM bagi memastikan penduduk menerima makanan dan keperluan asas dengan segera,” tambahnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.158125 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list