CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6377|Reply: 0

[Sabah] Sabah Electricity pantau bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir

[Copy link]
Post time 30-1-2025 08:22 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Sabah Electricity akan terus memantau dengan rapi bekalan elektrik di kawasan yang terjejas banjir di daerah ini.

Ketua Pegawai Operasi, Ir. Mohd Yusmanizam Mohd Yusof berkata persiapan rapi telah dilaksanakan dengan mengerahkan pasukan teknikal bersiap sedia 24 jam untuk membaiki sebarang kerosakan.

Katanya, ia termasuklah penyediaan set janakuasa bergerak yang akan ditempatkan di lokasi-lokasi yang strategik.

“Antara kawasan yang dilanda banjir ialah Telupid, Beluran, Kota Belud, Kota Marudu, Ranau dan Lahad Datu.

“Atas dasar keselamatan, bekalan di pencawang elektrik yang ditenggelami terpaksa dimatikan dan kerja-kerja pembaikan akan dibuat selepas paras air surut dan keadaan selamat.

“Buat masa ini, keselamatan semua rakyat Sabah yang terjejas banjir adalah keutamaan kami dan kita juga akan pastikan pemulihan bekalan dapat disegerakan apabila keadaan benar-benar selamat,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, Sabah Electricity juga telah membuka bilik gerakan di semua daerah yang terlibat untuk memantau keadaan dan bertindak dengan kadar segera jika terdapat bahaya berkaitan dengan keselamatan elektrik.

“Pengguna yang terputus bekalan elektrik ketika musim banjir dinasihatkan untuk segera menghubungi Sabah Electricity di talian 15444, 088-515000 atau Whatsapp 019- 852 5427,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati semasa menggunakan peralatan elektrik jika premis mereka dinaiki air dan jangan menyentuh alat elektrik atau suis dengan tangan yang basah dan lembab kerana ia boleh menyebabkan renjatan elektrik.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.046940 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list