CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37113|Reply: 0

[Sarawak] Tanah runtuh: Jalan Song/Sipan-Temalat ditutup sementara untuk kerja pembaikan

[Copy link]
Post time 30-1-2025 11:13 PM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba sedang memantau kawasan kejadian.

SONG: Jalan Song/Sipan-Temalat ditutup sementara susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku pagi tadi, menyebabkan gangguan kepada laluan utama di kawasan berkenaan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya, memaklumkan bahawa penutupan jalan ini diperlukan bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dijalankan demi keselamatan pengguna jalan raya.

"JKR Sarawak menasihatkan pengguna jalan raya agar merancang perjalanan dengan mengambil kira keadaan ini serta mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Andy Alie, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 9.54 pagi.

"Susulan laporan tersebut, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song terus bergerak ke lokasi dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT)," katanya ketika dihubungi.


Laluan tersebut kini ditutup sementara selepas kejadian tanah susur.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 10.03 pagi dan segera menjalankan pemantauan serta memasang tali sawar-sawar keselamatan bagi mengelakkan sebarang risiko kepada pengguna jalan raya.

"Orang awam dinasihatkan agar tidak melalui kawasan berkenaan sementara menunggu tindakan lanjut daripada pihak berkuasa.
“Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, orang ramai juga disarankan supaya lebih berhati-hati, terutama ketika melalui kawasan berbukit yang berisiko mengalami kejadian tanah runtuh dan tanah susur," tambahnya.

Operasi pemantauan dan keselamatan yang bermula pada jam 10 pagi berjaya dikawal dalam tempoh 15 minit dan selesai sepenuhnya pada jam 10.25 pagi.

Pasukan operasi kemudian bertolak balik ke balai pada jam 10.32 pagi dan tiba di BBP Song lapan minit kemudian.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.046468 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list