CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8177|Reply: 2

Afdlin Shauki dituduh ‘sauk’ projek DBKL RM10 juta

[Copy link]
Post time 31-1-2025 12:35 PM | Show all posts |Read mode
Pengarah Datuk Afdlin Shauki menyangkal dakwaan terlibat dalam salah laku perolehan projek naungan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Afdlin, 54, menjelaskan tuduhan tersebut adalah semata-mata fitnah yang didorong perasaan hasad dengki dalam cubaan mencalarkan nama baiknya.



"Pertama sekali saya menafikan sekeras-kerasnya telah terdapat apa-apa unsur salah laku dalam perolehan projek tersebut.

"Ini merupakan sebuah usaha oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memburukkan nama saya.

"Agenda pihak ini hanya didorong oleh perasaan hasad dengki dan dendam tidak bertempat," katanya.

Afdlin menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Jumaat.

  


Enggan berdiam diri, Afdlin memberitahu turut membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Jelasnya, pihak DBKL juga sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan itu.

"Saya juga telah membuat satu laporan polis bersama pihak PDRM pada hari ini untuk membolehkan siasatan dijalankan berkenaan perkara ini.

"Saya difahamkan perkara ini juga sedang disiasat secara dalaman oleh DBKL," kongsinya.

Kata Afdlin, dia turut bersedia untuk memberi kerjasama dengan mana-mana pihak agar fitnah melibatkan namanya dapat dibersihkan dengan sewajarnya.

Pihaknya juga berharap agar orang ramai tidak terlalu terburu-buru dalam memberi tanggapan buruk mengenai fitnah yang tersebar.

"Saya menyeru saudara saudari sekalian untuk memberi ruang kepada pihak-pihak yang berwajib untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Saya juga bersedia untuk memberi kerjasama penuh dalam mana-mana siasatan yang dijalankan berhubung perkara ini oleh mana-mana agensi penguatkuasaan.

"Fitnah dan tohmahan berniat jahat ini tidak seharusnya dibiarkan untuk berleluasa.

"Saya yakin dan pasti dengan izin Allah SWT akhirnya kebenaran akan tersuluh dan keadilan akan ditegakkan," ujarnya.

Sejak 28 Januari lalu, kecoh di Telegram Edisi Siasat mendakwa Afdlin yang merupakan Ahli Lembaga Penasihat DBKL antara individu terlibat dalam perolehan projek penerbitan bahan kreatif oleh DBKL dipercayai bernilai lebih RM10 juta.

Aduan tersebut dipercayai dilakukan oleh kakitangan DBKL kepada Edisi Siasat. -CARI

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2025 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Contractor ke dia ni skang
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Status kewangan dia ni ok ke?
Adakah dia ni termasuk dlm 50 orang yg misteri tuh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.266031 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list