View: 8244|Reply: 3
|
Tak dapat job, Johan As'ari mengaku tak pandai ‘jual diri’
[Copy link]
|
|
Johan As'ari juga berdepan dengan situasi tidak menerima sebarang tawaran kerja walaupun sudah berpengalaman 15 tahun sebagai anak seni.
Johan atau Johan Ariff As'ari, 39, berkata, keadaan itu tidak pernah mematahkan semangat untuk terus berjuang kerana sedar ia situasi biasa terpaksa dilalui oleh mana-mana pelakon.
Malah Johan mengambil peluang itu dengan memanfaatkan penggunaan media sosial sebagai cara meneruskan kelangsungan hidup.
"Tahun lalu saya pernah tidak menerima sebarang tawaran sekitar empat ke lima bulan dan mungkin disebabkan penggambaran kurang rancak.
"Jadi saya cuba sesuatu yang baru dengan menjadi hos di TikTok. Saya buat sebagai hobi yang boleh memberi manfaat.
"Biar apa pun yang berlaku, saya tak pernah terfikir untuk berhenti berlakon," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Johan mengakui kelemahan mempromosikan diri turut menjadi punca dia kurang menerima tawaran berlakon selain dijemput menghadiri mana-mana majlis hiburan.
Bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana watak Botak dalam drama bersiri Juvana yang ditayangkan pada 2011 masih terpahat di hati penonton dan sinonim dengannya.
"Saya mengaku memang tak pandai nak bawa diri, promosi diri sendiri. Apatah lagi mencari 'limelight'.
"Tapi saya tak rasa itu satu masalah sebab Alhamdulillah sampai sekarang orang masih ingat watak Botak. Apa lagi yang mahu saya buktikan?
"Produksi pun masih beri kepercayaan kepada saya dengan memberi watak hero," ujarnya.
Dalam masa sama Johan juga meluahkan rasa bangga melihat kemunculan ramai bakat baharu yang terus mewarnai industri tempatan.
Percaya pada rezeki, dia tidak pernah melihat ia satu persaingan kerana setiap pelakon memiliki aura dan karakter tersendiri.
"Ini membuktikan industri kita semakin berkembang malah kehadiran mereka terus mewarani drama dan filem tempatan.
"Saya tidak melihat kehadiran mereka ini sebagai satu persaingan kerana setiap orang itu berbeza," katanya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Suka tgk dia ni kat TT time live |
|
|
|
|
|
|
|
Johan ni berlakon best je pada meols. Dlu2 selalu gak muka dia keluar drama kat rtm & tv hijrah tu. Tak sangka dia tua setahun dua je dari meols ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|