
Sekitar suasana di PPS SJK Chung Hua Batu Kawa yang menempatkan mangsa terjejas akibat banjir di Kampung Rantau Panjang.
KUCHING: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus menunjukkan peningkatan dengan mencatatkan seramai 6,884 mangsa setakat jam 4 petang hari ini.
Jurucakap Jawantankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata sebanyak 49 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan sekurang-kurangnya 1,808 buah keluarga.
Menurutnya, antara bahagian yang terjejas teruk akibat banjir adalah Kuching, Samarahan, Serian, Sibu, Bintulu dan Miri.
JPBNS bersama pelbagai agensi menggerakkan 4,742 kakitangan dan 532 aset untuk operasi menyelamat dan bantuan di kawasan-kawasan terjejas.
Susulan itu, JPBNS hari ini juga mengadakan masyuarat khas dengan agansi-agensi terlibat seperti polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pengairan dan Saliran.
Antara agenda yang dititikberatkan adalah memastikan orang yang dipindahkan ke PPS akan menerima bantuan penting, termasuk makanan dan bekalan lain.
JBPNS dan agensi-agensi ini komited untuk menyediakan perkhidmatan dan bantuan kepada masyarakat yang terjejas.
Untuk bantuan lanjut disebabkan bencana ini, orang ramai boleh menghubungi talian hotline.
|