CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39687|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekalan kurang, harga kelapa cecah RM3.90 sebiji menjelang Thaipusam

[Copy link]
Post time 31-1-2025 06:40 PM | Show all posts |Read mode
Bekalan kurang, harga kelapa cecah RM3.90 sebiji menjelang Thaipusam

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Januari 31, 2025 @ 5:19pm [email protected]





Pekerja Anba Coconut Trading Sdn Bhd menyusun bekalan kelapa yang merosot 80 hingga 90 peratus berbanding tahun lalu. - NSTP/DANIAL SAAD





GEORGETOWN: Kekurangan bekalan kelapa tempatan melonjak harga komoditi itu sehingga RM3.90 sebiji di sesetengah kawasan di Pulau Pinang menjelang Thaipusam yang akan disambut 11 Februari ini.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subbarow, berkata beliau mendapati peningkatan ketara harga kelapa tempatan dalam pasaran sejak minggu lalu berbanding harga purata sekitar RM2.50 hingga RM2.60 sebiji sebelum ini.

"Tinjauan secara rawak mendapati harga sebiji kelapa paling tinggi setakat ini mencecah RM3.90. Ada juga kelapa diimport dari Indonesia yang dijual pada harga mencecah RM3 sebiji.

"CAP telah menghubungi pengeluar kelapa di Bagan Datuk, Perak dan mereka memaklumkan berlaku kemerosotan pengeluaran kelapa pada peringkat ladang dan masalah itu sudah berlarutan sejak Mei lalu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Berikutan itu, Subbarow memohon Jabatan Pertanian terutamanya melibatkan pakar penyelidik tanaman supaya mencari penyelesaian terhadap isu pengeluaran buah kelapa yang dilihat semakin meruncing di negara ini.

"Setakat ini kita dimaklumkan masalah itu berpunca cuaca tidak menentu, jadi kita ingin tahu apakah langkah boleh dilakukan pengusaha dalam mengatasi masalah pengeluaran pada peringkat ladang," katanya.

Sementara itu, pemilik Anba Coconut Trading Sdn Bhd, P Sarasvathy, 66, berkata dia menerima 2,000 hingga 2,500 biji kelapa setiap dua hari, merosot 80 hingga 90 peratus berbanding sebelum masalah itu berlaku.

Ia menyebabkan pembekal kelapa utama di Pulau Pinang itu mengumumkan tidak akan menerima tempahan kelapa untuk Thaipusam yang dianggarkan mencecah 80,000 hingga 100,000 sepanjang tempoh perayaan itu.

"Kalau dahulu, kami terima bekalan 10,000 biji hingga 15,000 biji kelapa setiap dua hari dan boleh berniaga sampai lewat petang, tetapi sekarang jam 12 tengah hari kedai sudah tutup.

"Bekalan kelapa untuk kegunaan harian pun tidak cukup apatah lagi untuk Thaipusam, saya juga belum tahu adakah masalah ini akan berterusan sampai bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri sebab waktu itu pun guna banyak santan dan kelapa parut juga.

"Kelapa di premis kami dijual RM2.20 sebiji, manakala harga santan segar RM14 sekilogram (kg) dan kami turut ada kedai menjual santan di Jelutong dan Taiping, Perak," katanya ketika ditemui di premis perniagaannya di Lorong Abu Siti, di sini.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, pihaknya memajak kebun kelapa di Pantai Remis, Bagan Datuk dan Kuala Bernam dengan setakat ini kira-kira 420,000 pokok kelapa ditanam sejak 40 tahun lalu dengan proses tuaian buah dilakukan setiap 21 hari bagi setiap batang pokok.

"Sebatang pokok boleh berbuah sehingga 40 biji, tetapi sekarang satu pokok ada dalam lima, 10 biji senang kata tak sampai separuh pun berbanding dahulu," katanya yang turut membekalkan kelapa di Sungai Petani, Kedah, Pasar Teluk Bahang, Pasar Tanjung Bungah dan Pasar Taman Tun Sardon di sini.

Tambahnya, dia tidak bercadang mengimport kelapa dari Indonesia kerana kualitinya rendah dan kurang digemari pengusaha makanan di negeri ini kerana kurang berlemak dan rasanya tidak seenak kelapa tempatan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1355857/bekalan-kurang-harga-kelapa-cecah-rm390-sebiji-menjelang-thaipusam





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.063425 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list