View: 36519|Reply: 7
|
[Tempatan]
Berbadan Sado Dan Helok, Pemandu Lori Sanggup Turun Tolong Alihkan Kereta Rosak!
[Copy link]
|
|
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2025/01/Bantu-alihkan-kereta-rosak-720x420.jpg)
Menerusi video dashcam yang dikongsikan oleh Wan Rider, awalnya kelihatan pemandu lori berkenaan berhenti di belakang sebuah kereta Proton Preve yang berhenti di lorong kiri kerana mengalami kerosakan.
Pemandu lori itu kemudian keluar dan bertanya kepada wanita yang memandu kereta Preve tersebut mengenai kenderaannya.
Kelihatan pemandu wanita keluar daripada kereta berwarna merah berkenaan dan pemandu lori cuba untuk membantunya.
Siap tolong tolak Proton Preve ke bahu jalan seorang diri
Tidak lama selepas itu kelihatan dia meminta wanita berkenaan masuk ke dalam kereta untuk dialihkan ke bahu jalan. Ini kerana sekiranya dibiarkan kenderaan tersebut mungkin akan menyebabkan kesesakkan atau berlaku kemalangan tak diingini kerana berhenti di tengah jalan.
Kelihatan pemadnu lori keluar dari tempat duduk kereta dan menolak Proton Preve sehingga ke bahu jalan sambil mengangkat tangan untuk memaklumkan kepada pengguna jalan raya yang berada di laluan kecemasan atau smart untuk memberikan laluan.
Sebaik selesai menolak kereta Proton Preve berkenaan pemandu lori kemudian kembali berlari ke arah kenderaannya.
“Kerja kami mungkin orang tak suka, orang marah jentera besar (lori) atas lebuh raya. Tapi fikir guna akal ya, yang bermasalah segelintir jangan nak pukul rata (babitkan pemandu lori lain).
“Tak ada kami atas jalan siapa nak tolong orang kita (kenderaan) rosak atas jalan ni? Tengok sendiri video nilai, apa pun selamat bercuti,” ujarnya di ruang kapsyen.
Ramai ucap terima kasih kerana bantu kereta rosak
Melihat di ruangan komen, pemandu Proton Preve turut mengucapkan terima kasih kepada ‘pilot darat’ berkenaan kerana telah membantunya.
Malah wanita itu turut memaklumkan ia adalah kali pertama dia berdepan dengan situasi tersebut dan lebih membuatkannya bimbang dan takut ketika kereta rosak dia juga membawa dua orang anak saudara.
Tindakan murni pemandu lori itu bagaimanapun turut menarik perhatian ramai yang menonton video tersebut serta memujinya kerana membantu wanita terbabit.
Ada juga menyifatkan dia seorang yang kuat kerana boleh menolak Proton Preve tersebut seorang diri.
“Terima kasih orang baik, pastu kedua orang tuanya orang yang hebat. Semoga tuan dalam rahmat Allah SWT selalu.”
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wah bagus la masih ada org yg baik2 skrg ni
aku sendiri walaupun mekanik klu nampak kete breakdown tepi jln aku buat bodo je
malas aku nak berpeluh2 kepam ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Jahat nya kereta2 yang laju lalu emergency lane ![](static/image/smiley/default/huffy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Xbg kerjasama keta2 yg lalu kt laluan kecemasan tu.. Hampeh btul |
|
|
|
|
|
|
| |
|