CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27429|Reply: 0

[Johor] Suami meninggal dunia, isteri, anak cedera dalam kemalangan

[Copy link]
Post time 1-2-2025 06:14 PM | Show all posts |Read mode


Pontian: Suami meninggal dunia manakala isteri dan anak lelaki berusia setahun cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kampung Parit Jawa, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, berkata kejadian

pada jam 8.30 malam di Kampung Parit Jawa iaitu membabitkan dua kenderaan iaitu Nissan Sylphy dan Perodua Myvi.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan didapati berlaku kereta Nissan Sylphy yang dipandu wanita warganegara Taiwan dari arah Kampung Kayu Ara Pasong ke Kampung Parit Jawa hilang kawalan terbabas dan bertembung dengan kereta Perodua Myvi dari arah Kampung Parit Jawa menghala ke Kampung Kayu Ara Pasong.

"Akibat kejadian itu, pemandu kereta Myvi iaitu Mohammad Osman Jamian, 31 tahun mengalami cedera parah di badan, kaki dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Bahagian Kecemasan Hospital Pontian.

"Isteri mangsa, Norlyana Nordin, 29 tahun dan anak lelaki mereka cedera manakala pemandu Nissan Sylphy juga cedera dan dirawat di Hospital Pontian, " katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shofee berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Farhan Jamian berkata pemergian arwah abangnya (Mohamad Osman) meninggalkan seribu kenangan manis seisi keluarga, " katanya yang ditemui di Unit Forensik Hospital Pontian.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.290550 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list