View: 18904|Reply: 9
|
Zamani Kesian Artis Tak Salah, Tak Tahu Apa-apa Tiba-tiba Kena Soal Siasat
[Copy link]
|
|
Penyanyi Zamani mendedahkan dia pernah ditawarkan untuk menjadi duta dengan bayaran lumayan bagi sebuah syarikat tidak dikenali.
Menurut Zamani yang juga vokalis kumpulan Slam itu, dia menolak tawaran tersebut kerana berasa ragu.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202502/07/100743jluuazvaupudpueu.jpg) Kosmo
"Ada sahaja tawaran diterima, tapi saya dan pengurus berhati-hati. Misalnya, tawaran buat persembahan. Kami akan pastikan dahulu, jangan main ambil sahaja.
"Baru-baru ini, saya ada terima tawaran mengerjakan umrah, siapkan sediakan duit poket. Saya tahu syarikat berkenaan mahu saya tarik orang pergi, jadi sanggup taja dan beri duit poket.
"Macam luar biasa. Saya akui, ini peluang baik, tapi saya tolak," katanya kepada Gempak.
Zamani ditemui pada sidang media Konsert Slam Bersama MPO di sebuah hotel di ibu negara, petang semalam.
Mengulas lanjut, Zamani berkata dia dan pengurus sentiasa berhati-hati dan teliti sebelum bersetuju bergelar duta bagi mana-mana syarikat.
“Saya berhati-hati kerana tak mahu terbabit dengan masalah. Kita nampak apa yang berlaku, jadi kasihan artis yang tidak terbabit.
"Artis tak salah dan tak tahu apa-apa, tapi tiba-tiba kena soal siasat. Ia menjejaskan nama. Ada beberapa rakan artis yang pernah terkena, jadi saya kasihan mereka jadi mangsa.
"Tak perlulah kita siasat sampai ke akar umbi, tapi sedikit sebanyak kena ambil tahu. Sebabnya, penghujung kita juga akan ditarik jika timbul dakwaan.
"Jadi, kita kena berhati-hati sebab kadang-kadang tak perasan," katanya lagi.
Terdahulu, media tempatan melaporkan dua selebriti antara individu yang akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan kes syarikat perunding kewangan didakwa terbabit rasuah dan pengubahan wang haram.
Sumber- Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
Maksud abgadek kena hati2 ok bukan heols bekap retis yg “tak tahu apa2 tu”, heols kesian as mangsa je
Chuols jangan hencap abgadek eh kang senget lagi heols ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus zamani ni tak gelap mata
Dia pun kesian org awam kena scam sbb dia |
|
|
|
|
|
|
|
Maksudnya artis lain tu tak berhati-hati ye?
Kalau mereka tak berhati-hati, kenapa mesti kesian?
Tanya je... |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg retis2 semua berotak udang dan bebal. Dpt duit terus sauk tanpa berfikir. Yelah, sangkak2 semuanya. Except for Zamani ni lah ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
Byk je retis2 sangkak Malaya jual muka, then rekyat marhaen purcaya, sbb "takkan la retis nak menipu" kata nyaaaa. Ujung2 basah lencun kepala kena kencing |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi ada jugak ex pm yang tak tau apa2 tentang wang masuk akaun..tiba2 jer kena sabit kesalahan.[em:3:] |
|
|
|
|
|
|
|
Artis bodo xpelik. Yg terpaling angkasawan pun lapaq duit mudah |
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream replied at 7-2-2025 10:34 AM
bekap nek ziana ke tu
Membaca amalan mulia ekeke |
|
|
|
|
|
|
| |
|