CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35343|Reply: 0

Chelsea kini fokus kepada Liga Perdana dan Liga Konferensi: Maresca

[Copy link]
Post time 11-2-2025 04:20 PM | Show all posts |Read mode


Gambar fail jurulatih Chelsea, Enzo Maresca semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang West Ham United di Stamford Bridge pada 3 Februari. - Gambar AFP

LONDON: Pengurus Chelsea, Enzo Maresca mengetepikan sasaran tertentu untuk baki musim ini selepas mencadangkan penyingkiran pasukannya dari saingan Piala FA Inggeris mungkin terbukti memberi faedah.

Harapan Chelsea untuk memenangi kejuaraan domestik sulung dalam musim pertama Maresca bersama kelab kelihatan berakhir selepas pasukannya tewas 1-2 kepada Brighton pada perlawanan pusingan keempat Piala FA Inggeris Sabtu lepas.

Walaupun dia meletakkan penyingkiran itu sebagai "sangat memalukan", dia berkata ia akan membolehkan pasukannya memberi perhatian sepenuhnya kepada baki 14 perlawanan liga dan juga memburu kejuaraan dalam Liga Konferensi Europa.

Chelsea berada di tangga keempat Liga Perdana Inggeris - 13 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool dan memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara, selain beraksi di pusingan 16 akhir Liga Konferensi Europa bulan hadapan.

Ditanya apa yang boleh dianggap musim yang positif sekarang, Maresca berkata: "Bagi saya, musim yang bagus ialah melihat pasukan meningkat selepas setiap perlawanan, mengharungi saat sukar dan kesukaran kerana ia adalah satu-satu cara untuk membolehkan kelab ini bersaing untuk sesuatu yang penting di masa hadapan.

"Ia adalah apa yang saya fikirkan. Kami sekarang boleh memberikan fokus kepada Liga Perdana dan Liga Konferensi Europa dengan cara yang betul."

Dalam pada itu, Maresca mempertahankan keputusan membenarkan penyerang Joao Felix menyertai kelab AC Milan untuk kontrak pinjaman sehingga akhir musim ini, selepas melihat pilihan di jentera serangan berkurangan selepas kecederaan dialami ketika menewaskan West Ham United dalam liga.

Penyerang muda berusia 19 tahun, Marc Guiu, yang menjaringkan enam gol dalam Liga Konferensi musim ini tetapi belum beraksi dalam kesebelasan uama liga, mempunyai masalah kecederaan jangka panjang sementara penyerang utama, Nicolas Jackson dijangka akan kembali pulih dalam masa terdekat.

"Saya tidak fikir kami merasai ketiadaan Joao; dia gembira di sana (AC Milan) dan kami gembira di mana Joao gembira di sana," kata Maresca.

"Satu perkara yang boleh kami katakan ialah tiada siapa meramalkan perpindahan ini (Felix) pada hari terakhir jendela perpindahan dan kemudian kami mempunyai dua penyerang yang cedera.

"Ia sesuatu yang sukar untuk difikirkan. Malangnya ia berlaku. Nico boleh kembali dengan cepat."


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.032706 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list