CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22371|Reply: 0

PETRONAS diminta teliti semula kerjasama dengan MIE Honda Racing

[Copy link]
Post time 26-2-2025 08:02 PM | Show all posts |Read mode
PETRONAS diminta teliti semula kerjasama dengan MIE Honda Racing

Oleh Khairil S Iswan - Februari 26, 2025 @ 6:26pm [email protected]





Bekas pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin. - BERNAMA




KUALA LUMPUR: PETRONAS digesa meneliti kerjasama dijalinkan dengan pasukan MIE Honda Racing di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) berikutan keputusan buruk diperoleh dua pelumba negara di pusingan pembukaan musim ini di Australia, minggu lalu.

Pandangan tegas itu disuarakan bekas pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin yang menyifatkan apa yang berlaku terutama kepada pelumba WorldSBK, Mohd Zaqhwan Zaidi dan Syarifuddin Azman (WorldSSP) sebagai tidak munasabah.

Pada pusingan di Litar Phillip Island, Australia, Zaqhwan yang juga bekas juara Asia dua kali tidak mengharungi sesi perlumbaan kerana catatan masa dilakukannya ketika kelayakan tidak melepasi had masa minimum.

Dalam kelas WorldSSP, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali Damok gagal menamatkan perlumbaan di kelompok pungutan mata selepas melepasi garisan penamat Perlumbaan 1 di kedudukan ke-17 dan ke-19 pada Perlumbaan 2.

Zulfahmi yang pernah menjadi pengurus Damok berkata situasi di Australia bukan sahaja mengecewakan, tetapi memalukan sambil menekankan persiapan MIE Honda Racing sebagai tidak mencukupi yang menghalang pelumba negara tampil lebih baik.

"Ini bukan (keputusan) yang kita mahukan. Saya sebagai individu yang menguruskan Damok dan berkawan baik dengan Zaqhwan saya rasa amat kecewa tetapi saya percaya yang mereka sebagai pelumba lebih kecewa," kata Zulfahmi.

"Saya lihat persiapan mereka (MIE Honda Racing) tidak munasabah. Saya percaya pelumba kita langsung tidak pergi ke ujian pra-musim di Eropah di mana saya percaya yang pasukan lain sudah tiga empat kali ujian.

"Saya mengetahui perkara ini saya juga pernah berada di paddock WSBK selama dua tahun, jadi saya tahu persiapan bagaimana khususnya pasukan yang berlumba sepenuh masa."

Zulfahmi dalam pada itu mempertahankan kualiti yang dimiliki pelumba negara yang disifatkan sudah cukup tinggi dan bertaraf dunia.

"Saya percaya pelumba kita tidak seteruk itu terutama sampai tidak layak untuk berlumba. Ia adalah sesuatu yang cukup pelik dan menjatuhkan maruah seseorang pelumba," kata Zulfahmi.

"Jadi saya percaya pasukan MIE Racing yang membawa nama PETRONAS ini perlu dinilai semula kerana ia tidak memberi apa-apa impak positif kepada pelumba kita," katanya.

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/02/1366104/petronas-diminta-teliti-semula-kerjasama-dengan-mie-honda-racing





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 09:08 AM GMT+8 , Processed in 1.673281 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list