ANTARA petugas terbabit dalam operasi pencarian mangsa. FOTO Ihsan Bomba
Port Dickson: Remaja lelaki berusia 17 tahun dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika memancing di Jalan Pantai berhampiran Medan Ikan Bakar di sini, petang semalam, ditemukan lemas, tengah malam tadi.
Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, mangsa, A Pavithran, ditemukan jarak 50 meter dari tempat mangsa dilaporkan jatuh ke laut, pada 12.36 tengah malam.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Difahamkan, Pavithran beralamat di No 152, Taman Lukut Makmur, Port Dickson adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat, Lukut, Port Dickson.
|