CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26637|Reply: 0

Ronaldo tidak ke Iran bukan kerana risau ditangkap

[Copy link]
Post time 4-3-2025 08:39 PM | Show all posts |Read mode

TEHRAN: Kedutaan Iran menafikan dakwaan bahawa Cristiano Ronaldo enggan pergi ke negara itu kerana bimbang akan ditangkap.

Ronaldo terlepas pertembungan pasukannya, Al-Nassr dengan Esteghlal di ibu negara Iran, Tehran dalam aksi Liga Juara-Juara Asia, awal pagi tadi.

Ronaldo didakwa akan menghadapi 99 sebatan di Iran selepas pertemuan 'kontroversi' dengan peminat wanita kelainan upaya pada September 2023.

Ketika itu, Ronaldo menyambut artis tempatan Fatima Hamimi dengan pelukan dan ciuman, tetapi perbuatan itu melanggar undang-undang Iran.

Bagaimanapun, jurucakap kedutaan Iran di UK memberitahu talkSPORT: "Kami menafikan sekeras-kerasnya pengeluaran mana-mana keputusan mahkamah terhadap mana-mana atlet antarabangsa di Iran.

"Pertemuan beliau yang ikhlas dan berperikemanusiaan dengan Fatima Hamami turut dipuji dan dikagumi oleh rakyat dan pihak berkuasa sukan kedua-dua negara."

Sementara itu, sumber tempatan Arab Saudi menegaskan Ronaldo terlepas perlawanan kerana keletihan otot.

Perlawanan antara Esteghlal dan Al-Nassr bagi pusingan 16 terakhir itu berakhir 0-0. - AGENSI


Sumber: BH Online


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.043379 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list