CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5854|Reply: 0

[Johor] Pasar Borong Pandan diserbu, 35 Pati ditahan

[Copy link]
Post time 7-3-2025 07:50 AM | Show all posts |Read mode


JABATAN Imigresen menggempur lokasi panas di Johor Bahru termasuk di Pasar Borong Pandan. FOTO ihsan Imigresen

Johor Bahru: Seramai 75 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam operasi ke atas lokasi panas di bandar raya ini termasuk di Pasar Borong Pandan bermula kelmarin hingga semalam.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, pihaknya memeriksa 66 individu di 20 premis di Pasar Borong Pandan kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Menurutnya, terdahulu pihaknya menerima maklumat awam mengenai kehadiran warga asing yang bekerja tanpa permit sah di kawasan itu.

"Hasilnya, seramai 35 Pati ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pihaknya turut memeriksa 64 warga asing di sembilan rumah kedai di Bandar Baru Permas Jaya, di sini, dan 40 daripada mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kesemua 75 warga asing yang ditahan berusia antara 18 hingga 55 tahun.

"Mereka terdiri daripada 21 lelaki dan sembilan wanita warga Myanmar; 11 lelaki warga Bangladesh, dua lelaki warga Pakistan serta 11 lelaki dan 19 wanita warga Indonesia selain dua lelaki warga Vietnam.

"Siasatan dibuat mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk tindakan lanjut," katanya.


sumber : hmetro



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.923880 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list