CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34147|Reply: 7

[Tempatan] 1MDB diperintah bayar kos RM225,000 kepada anak tiri Najib

[Copy link]
Post time 7-3-2025 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 7-3-2025 06:57 PM


Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memerintahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos RM225,000 kepada anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz dan dua syarikatnya.

Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan membuat keputusan itu berikutan 1MDB menarik balik samannya terhadap Riza Shahriz, pada 24 Februari lalu.

Saman berkenaan berhubung dakwaan defendan (RIza Shahriz) menyalahgunakan sebanyak AS$248 juta dana untuk membiayai produksi filem dan membeli pelbagai hartanah.

Pada prosiding lalu, peguam Rabindra S Nathan, yang mewakili 1MDB dan tiga anak syarikatnya, memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi beliau menerima arahan untuk menarik balik kes terbabit terhadap semua defendan.

Ia tidak dibantah peguam Riza Shahriz, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, susulan itu mahkamah memerintahkan kedua-dua belah pihak mengemukakan hujah mengenai kos dan menetapkan hari ini bagi keputusan.

Perbicaraan kes saman berkenaan bermula pada 16 Oktober tahun lalu dengan plaintif, 1MDB dan tiga anak syarikatnya iaitu 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy Holdings Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited, memanggil tiga saksi termasuk bekas penasihat undang-undang 1MDB Jasmine Loo Ai Swan dan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi untuk memberi keterangan.

1MDB dan tiga anak syarikatnya memfailkan saman terhadap Riza Shahriz, Red Granite Pictures Inc, dan Red Granite Capital Ltd pada Mei 2021 kerana didakwa menerima sekitar AS$248 juta dana yang disalahgunakan untuk kepentingan peribadi mereka, termasuk membiayai sebuah filem dan membeli pelbagai hartanah.

1MDB mendakwa Riza Shahriz menyalahgunakan dana mereka daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low atau bertindak dengan cuai dan tidak bertanggungjawab dengan gagal membuat pertanyaan yang relevan mengenai sumber dana terbabit.

Oleh itu, plaintif meminta pengisytiharan Riza Shahriz bertanggungjawab ke atas dana yang disalahgunakan itu, dan dengan itu, mereka menuntut bayaran semula.

Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 2021, defendan mendakwa telah memperoleh pinjaman daripada keluarga diraja Arab Saudi atau International Petroleum Investment Company untuk menghasilkan beberapa filem di Amerika Syarikat.

Pada 14 Mei 2020, Mahkamah Sesyen di sini melepas tanpa membebaskan Riza Shahriz daripada lima pertuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion), didakwa diseleweng daripada dana 1MDB.

Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2025 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik Madanon
What a joke   
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2025 07:59 PM | Show all posts
Pada prosiding lalu, peguam Rabindra S Nathan, yang mewakili 1MDB dan tiga anak syarikatnya, memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi beliau menerima arahan untuk menarik balik kes terbabit terhadap semua defendan.


knp?                                       
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2025 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu per satu kebenaran terpancul jua akhirnyaaaaagitchewww
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2025 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu bukan main lagi PH cakap mcm² dekat anak tiri najib nie. Macam dah bersalah betul wlw belum tau salah ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2025 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
begitulah perangai2 bongok dan bingai walanon2.. senyap je pulak pasal ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2025 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Walanon dah kalih isu ni dkt pak mael plak .. bayangkan isu2 yg dorg dok lawan rasuah dulo2 tu satu persatu gagal...pastu bukak lagi isu rasuah baru, pastu gagal..pastu ulang balik smpai abg jamil mampss...this is madanon yowww!! Buat kerja sparuh jalan n ketimbang saja
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 03:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Walanon bdow piangg taknak komen keww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 10:27 AM GMT+8 , Processed in 1.557317 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list