CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26566|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiada kenaikan harga melampau dikesan di bazar Ramadan - Fuziah

[Copy link]
Post time 8-3-2025 12:48 AM | Show all posts |Read mode
Tiada kenaikan harga melampau dikesan di bazar Ramadan - Fuziah

Oleh BERNAMA - Mac 7, 2025 @ 9:23pm




Fuziah meninjau BRR Peringkat Zon Utara 2025 di Bazar Ramadan Jalan Mahkamah, Bayan Lepas, hari ini. - FOTO BERNAMA



BAYAN LEPAS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tiada mengesan sebarang kenaikan harga makanan secara melampau di bazar Ramadan seluruh negara, setakat ini.

Timbalan Menterinya, Dr Fuziah Salleh, berkata pasukan pemantau KPDN turut melakukan pemeriksaan di pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit dengan turut mendapati tiada kenaikan harga mendadak.

"Ada laporan media mengenai kenaikan harga makanan, namun hasil pemeriksaan kita menunjukkan tiada berlaku kenaikan yang mendadak atau tidak wajar," katanya pada sidang media selepas meninjau Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Peringkat Zon Utara 2025 di Bazar Ramadan Jalan Mahkamah, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Fuziah berkata, KPDN menerima 307 aduan mengenai kegagalan peniaga mempamerkan tanda harga, di samping isu berkaitan alat timbang dan sukat.

Sehubungan itu, beliau berkata, pengguna yang berdepan kenaikan harga tidak munasabah, termasuk makanan, diminta membuat aduan menerusi perkhidmatan Aduan Suri melalui kod QR, dan KPDN akan mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam.

Mengulas lanjut, Fuziah memaklumkan sejak Januari 2023 hingga semalam, sebanyak 36,770 aduan telah dikemukakan melalui Aduan Suri.

Bagi tahun ini, katanya, 142 aduan diterima membabitkan Pulau Pinang, manakala pada peringkat nasional pula 1,879.

Terdahulu, beliau melancarkan BRR bawah program Payung Rahmah di Pulau Pinang, yang bertujuan mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menawarkan Menu Rahmah pada harga RM5 dan ke bawah.

"Kami juga menawarkan kad diskaun kepada peniaga yang menjual Menu Rahmah, di mana mereka boleh membeli bahan mentah pada Jualan Rahmah kami secara tanpa had berbanding pengguna biasa," katanya.

Malah, Fuziah berkata, setiap peniaga yang menawarkan Menu Rahmah di BRR turut menerima insentif e-dompet RM100 serta kad petrol RM50.

Beliau berkata, KPDN masih membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan insentif berkenaan sebagai galakan agar lebih ramai peniaga menyertai inisiatif Menu Rahmah.

"Setakat hari ini, 25 peniaga di Pulau Pinang telah menyertainya dan kami berharap lebih ramai akan tampil menawarkan Menu Rahmah kepada pengguna," katanya sambil memaklumkan 10 daripada 95 BRR di seluruh negara terletak di negeri ini.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1369808/tiada-kenaikan-harga-melampau-dikesan-di-bazar-ramadan-fuziah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.957338 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list