CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15656|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Penantian Rahimah Julieto berakhir tragedi

[Copy link]
Post time 8-3-2025 08:04 AM | Show all posts |Read mode

Rosaliah Diego Patrocinio Diego, 26, menunjukkan gambar anak saudaranya, Mohammad Aidil Ramdan Mohd Hisham, 15, yang maut dalam kemalangan di Jalan Persiaran Senawang 1, dekat persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Seremban, malam tadi. FOTO AHMAD HASBI

Rembau: Penantian seorang nenek yang menunggu kepulangan cucunya tidak kesampaian apabila remaja terbabit maut dalam kemalangan di Jalan Persiaran Senawang 1, berhampiran persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Seremban di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam tadi, mangsa, Mohammad Aidil Ramdan Mohd Hisham, 15, maut manakala adiknya yang berusia 14 tahun parah selepas motosikal ditunggang dirempuh kereta.

Nahas turut menyebabkan seorang lagi penunggang motosikal berasingan, Mohammad Aswari Lotpi, 16, turut maut.

Ibu saudara kepada Mohammad Aidil Ramdan, Rosaliah Diego Patrocinio Diego, 26, berkata, anak saudaranya itu memaklumkan akan ke rumah ibunya (nenek mangsa) selepas membeli makanan.

"Aidil tinggal dengan ibunya di Lobak, namun dia kerap ke rumah nenek mereka di Temiang berikutan ibu bapa mereka bekerja. Dua beradik itu beritahu keluar untuk beli makanan.

"Mereka maklumkan akan pulang selepas selesai makan, jadi ibu saya (Rahimah Julieto, 50) menunggu mereka pulang. Namun dua beradik itu tidak tiba ke rumah seleum polis memaklumkan nahas berkenaan," katanya.

Rosaliah Diego berkata, dua beradik terbabit amat rapat memandangkan umur mereka yang rapat.

"Mereka sering ke mana-mana bersama termasuk ke rumahnya nenek mereka.

"Aidil memang jenis yang pendiam, namun nenek beritahu Adil nampak ada perubahan kerana tidak menegur nenek ketika ke rumahnya," katanya yang kali terakhir berjumpa dengan remaja itu beberapa hari sebelum Ramadan.

Sementara itu, bapa kepada Mohammad Aswari, Lotpi Mokhtar, 50, berkata, dia masih lagi terkejut dengan kejadian itu sebaik menerima panggilan daripada anak sulungnya kira-kira jam 9 malam tadi.

"Saya menetap di Pulau Pinang manakala Aswari dan tiga lagi adik-beradik tinggal bersama ibu mereka di Seremban. Kali terakhir jumpa arwah pada kenduri abang sulungnya awal tahun lalu.
"Sebaik menerima panggilan saya terus bertolak ke Seremban dan tiba kira-kira jam 5 pagi tadi.

"Arwah anak yang pandai berdikari walaupun dia anak bongsu kerana banyak melakukan kerja sambilan untuk cari duit. Macam cepat dia tinggalkan kami, macam tidak percaya," katanya menahan sebak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kereta jenis Honda Jazz dipandu lelaki berusia 18 tahun itu adalah milik ibu bapanya.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Honda Jazz dipandu lelaki yang tidak mempunyai lesen memandu sedang bergerak dari arah Senawang menuju ke Paroi di sini.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu Honda Jazz dipercayai gagal berhenti di lampu isyarat merah lalu melanggar dua motosikal di yang dipercayai dari arah kiri lampu isyarat," katanya.

Jelas beliau, akibat rempuhan itu, penunggang dan pembonceng Modenas Kriss yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Manakala pemandu dan penumpang Honda Jazz serta penunggang dan pembonceng motosikal jenis Honda Vario mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Disiarkan pada: Mac 7, 2025    sumber : hmetro




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.866987 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list