CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12792|Reply: 0

[Perlis] Tahanan meninggal dunia selepas jatuh bilik air di Pusat Koreksional Perlis

[Copy link]
Post time 8-3-2025 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Tahanan meninggal dunia selepas jatuh bilik air di Pusat Koreksional Perlis

Oleh Aizat Sharif - Mac 8, 2025 @ 8:59am [email protected]








ARAU: Seorang tahanan lelaki meninggal dunia semalam selepas dipercayai terjatuh dalam bilik air Pusat Koreksional Perlis, Guar Nangka di sini Khamis lalu.

Kematian banduan berusia 23 tahun itu disahkan oleh pegawai perubatan hospital berkenaan selepas lelaki itu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar semalam.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada seorang kakitangan pusat tahanan itu selepas satu laporan polis dibuat jam 1.37 tengah hari semalam.

"Seorang lelaki yang ditahan reman di Pusat Koreksional Perlis meninggal dunia jam 10.20 pagi semalam semasa menerima rawatan di ICU di hospital itu.

"Berdasarkan maklumat, banduan itu dari Ulu Melaka, Langkawi ditahan di pusat koreksional itu sejak 17 Disember lalu atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

"Namun pada jam 5.45 petang Khamis lalu, mangsa dikejarkan ke HTF selepas dipercayai terjatuh dalam bilik air," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemeriksaan awal doktor menyatakan mangsa cedera pada organ dalaman iaitu bahagian hati dan sebahagian usus ketika mendapatkan rawatan.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/03/1369886/tahanan-meninggal-dunia-selepas-jatuh-bilik-air-di-pusat-koreksional





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 10:43 AM GMT+8 , Processed in 1.612521 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list