View: 10754|Reply: 4
|
'Jika berpoligami dengan cara betul, kenapa ada tak puas hati?' - Azlan Komeng
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pelakon Azlan Komeng, 48, masih mempertimbangkan hasrat mahu ada berpoligami.
"Saya tak boleh cerita secara terperinci, saya kena menjaga hati kedua-dua pihak. Namun, segala perancangan sedang berjalan.
"Insya-Allah, perkara ini (berpoligami) masih dalam pertimbangan dan perjalanan. Saya pun tak tahu lagi, nak kata tidak, tak boleh. Nak kata ya pun tak tahu.
"Saya masih lagi berfikir, banyak perkara kena pertimbangkan. Saya bukannya tiada pengalaman," katanya.
Bagaimanapun, Azlan berkata, berpoligami bukanlah suatu perkara yang dibanggakan, jadi perlu berhati-hati dalam memberi jawapan.
"Saya pernah berpoligami. Ketika awal perkahwinan dengan Nur Nilam, dia pernah pinangkan kawannya jadi madu. Cuma, dalam keadaan sekarang sangat berbeza.
"Kejadian, kaedah, asbabnya semua berbeza dan saya belum boleh berkongsi. Sebelum ini, saya kahwin dua tiada siapa kisah pun, mungkin saya tak 'viral' lagi. Kali ini, saya perlu mempertimbangkan banyak perkara," katanya.
Ditanya sama ada kesal apabila kisah berkahwin lagi hangat diperkatakan, Azlan berkata, dia tidak mempunyai perasaan sedemikian, tapi agak kecewa apabila ada yang memberikan komen tidak sepatutnya.
"Kalau saya sembunyi, mungkin saya kesal. Saya agak kecewa dengan netizen. Jika berpoligami dengan cara betul, jadi kenapa tak puas hati?
"Ada yang mendoakan bukan-bukan. Itu bukan cerminan diri, kita tak tahu masalah orang. Saya sudah lalui pelbagai asbab dalam rumah tangga.
"Saya tak pernah membelakangkan isteri, lainlah saya menipu dan berkahwin secara senyap. Itu bolehlah nak marah," katanya.
Baru-baru ini, Nur Nilam mendedahkan Azlan akan berkahwin dan dia mengizinkan kerana menghormati dan menyayangi suaminya.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Astaga koser la siapa dok femeskan si sendu laki bini ni. Lantak korang la nak kawen berapa pun. Bini ko gak yg galak share. Btw who caressss |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 8-3-2025 03:31 PM
Astaga koser la siapa dok femeskan si sendu laki bini ni. Lantak korang la nak kawen berapa pun. Bin ...
“"Kejadian, kaedah, asbabnya semua berbeza dan saya belum boleh berkongsi. Sebelum ini, saya kahwin dua tiada siapa kisah pun, mungkin saya tak 'viral' lagi. Kali ini, saya perlu mempertimbangkan banyak perkara," katanya.”
Kesian xde org kisah pon nak berpoli. Rasanya depa dua ni je yg byk cakap pasal nak poli. Xde netizen kisah pon. Heran pon x. Marketing sambil jual minyak urut kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Lawak pulak berapa ribu tered nak bukak utk rentis tak hensem & tersangat sendu ni . Geli la |
|
|
|
|
|
|
|
Lantak la korang
Bukan sapa2 pun, tp hari2 ada thread laki bini ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|