CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14333|Reply: 10

Dynas Tak Kisah Lakon Watak Nenek

[Copy link]
Post time 8-3-2025 02:53 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Pelakon, Dynas Mokhtar tidak kisah ditawarkan watak sebagai orang tua seperti ibu dan nenek walaupun realitinya dia tidak terlalu tua dalam usia 42 tahun.

Dynas yang menganggap itu semua tuntutan dalam kerjaya lakonan berkata, sebagai pelakon, tanggungjawabnya untuk menjiwai apa saja watak yang diserahkan pengarah dengan sebaik mungkin.

"Bagi saya, watak itu bukan untuk nampak cantik saja, tetapi kita perlu menghidupkannya sama ada watak orang kurang upaya, wajah buruk, sebelah muka terbakar dan sebagainya.

"Kalau nak nampak sentiasa 'pose' cantik saja dalam lakonan, lebih baik pelakon itu buat iklan komersil saja.

"Saya terima watak ibu dan nenek kerana percaya dengan pihak produksi yang akan mengubah wajah saya dengan teknik solekan tua sesuai dengan watak berkenaan.

"Memang ada orang pertikaikan bila saya bawa watak orang tua dalam drama untuk Ramadan tahun lalu tetapi bila pelakon lain seperti Nabila Huda bawa watak nenek orang tidak 'bising' pula?," katanya.

Mengenai isu pelakon muda yang membawa watak orang tua didakwa menutup periuk nasi orang lama pula, Dynas berkata, ia terpulang pada penerimaan diri masing-masing.


"Sebenarnya pelakon ada bermacam kategori, ada pelakon yang 'method' dan ada pelakon yang nak buat babak menangis pun nak kena cantik.

"Kegilaan netizen pula selalunya pada pelakon yang cantik dan kacak. Kalau dapat hero yang buruk, netizen akan cakap mereka tiada 'feel' pula.

"Bagi saya kita kena tengok bagaimana seseorang pelakon itu menjiwai wataknya. Bukan kerana dia kacak dan tular di media sosial, pengarah beri watak hero tapi selepas itu lakonan dia biasa saja. Nak suruh menangis pun tak boleh dan harap dia jual muka saja sedangkan skrip itu sangat bagus jika dapat dilakonkan oleh pelakon yang lebih bagus," katanya.

Bagaimanapun kata Dynas, dia juga berasal dari dunia peragaan sebelum terjun dalam bidang lakonan.

"Ramai model yang jadi pelakon tapi persoalannya sama ada mereka boleh berlakon atau sebaliknya?

"Ia memang mengambil sedikit masa kerana pada awal pembabitan dalam bidang lakonan, saya pun 'kayu' juga kerana berasal dari model dan bukannya orang teater.

"Jadi, saya banyak belajar ilmu lakonan dengan orang lama, berlakon teater dan belajar teknik lontaran suara dan sebagainya untuk menjadi seorang pelakon yang baik," katanya yang mengakui tiada istilah bersara dari bidang lakonan yang diceburi sejak dulu.


Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2025 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
2 - 3 tahun lepas sheols merajuk sbb dapat offer watak mak yg dah tua je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo nenek please jadi mak kpd anak yg sesuai yer....

Tadi i tgk redza jg anak emelda....
Mcm x ngam
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian dia bwk watak mak2 tp watak anak agak2 nk bg sebaya in real life
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 08:17 PM | Show all posts
still takleh terima drama ramadan rtm zaman pkp dynas jadi mak azril ismail, sedangkan beza diorang setahun je in real life.

tapi dynas ada pembawaan orang tua, macam sorang lagi pelakon cantik awal 40an tu yg dah sedekad bawak watak mak2
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahhhh baru 42 ke... Tp nampak lebih berumur... dan memang sesuai watak nenek.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2025 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
phalanx replied at 8-3-2025 08:17 PM
still takleh terima drama ramadan rtm zaman pkp dynas jadi mak azril ismail, sedangkan beza diorang  ...

Marissa Yasmin.

Dia lawa lagi lebih Dari Dynas.
Kulit coklat tan glowing. Paras rupa pun elok lawa terletak. Sharp features.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Piramida replied at 8-3-2025 08:19 PM
Lahhhh baru 42 ke... Tp nampak lebih berumur... dan memang sesuai watak nenek.

Tu lah tu, dia suka mekap kening tebal sangat. Siapa mekap kening over tebal, mmg nampak tua Dan garang, kening elok mekap lite lite je, sebab apa tau, sebab dah berumur tak sesuai kening nampak tebal Dari jauh, cam shinchan.
Pastu dalam TikTok dia, dia suka ikat rambut tocang tinggi, nampak rangka muka besar.
Dia elok pakai selendang tutup sikit rahang muka dia cam dalam gambar tudung hijau burung  serindit tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2025 04:45 AM From the mobile phone | Show all posts
miamiot replied at 8-3-2025 05:47 PM
Sian dia bwk watak mak2 tp watak anak agak2 nk bg sebaya in real life

Dia pernah berlakon watak mak Zara Zya dlm drama Honeymoon 2,3 tahun lps .Padahal Zara Zya lahir tahun 85 ,dia tahun 83 .Tapi menjadi jgk chemistry diaorg jd anak beranak dlm tu tambah2 bila Dynas pun bertudung labuh ,berjubah .Husband dia dlm Tu Rashdan Baba .
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 08:38 AM | Show all posts
Edited by silampumeja at 11-3-2025 01:07 AM
bluebutter replied at 8-3-2025 02:52 PM
Marissa Yasmin.

Dia lawa lagi lebih Dari Dynas.

tapi dalam cerita bidaah nampak smua plakon xmekap sangat jadi pengikut walid janggut keras...marisa ni jadi umi bini no syatu, nampak segala cela mukanya...dengan visual tajaan sony pulak...hahahaha

untuk dinas ni i rasa dia ok je bawak watak mak..dulu pernah jadi mak saharul rizuan , cerita tu drpda naskah bagus. ok sangat . lagipun dinas pelakon yang baik ... ok je
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 08:45 AM | Show all posts
The Secret hari tu, sharifah sofea jadi mak siti saleha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.991368 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list