CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 108|Reply: 0

Fragmen: Rock kapak dan dunia muzik hari ini

[Copy link]
Post time 18-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MINGGU lalu, saya menghabiskan masa cuti hujung minggu dengan mengikuti penggambaran filem Rock 2: Rockooo!!! arahan Mamat Khalid di Ipoh, Perak. Selama tiga hari dua malam di sana, saya menginap di sebuah hotel terletak di Jalan Horley. \rMamat Khalid mengingatkan saya jangan lepaskan peluang untuk melihat ‘pasar karat’ iaitu pasar minggu yang menjual barangan lama atau antik, terletak di jalan betul-betul di hadapan hotel penginapan. \r\n\n\n\n\rMemang terdapat pelbagai barangan lama dijual di pasar karat ini, tetapi paling menarik perhatian saya adalah rekod atau piring hitam lama. Di sini saya menemui piring hitam P Ramlee, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Noorkulamasari, Sudirman malahan R Azmi. Harganya juga berbeza-beza. \r\r\n\n\n\n\nMenurut seorang penjual rekod lama yang dipanggil Mustafa, harga rekod tertakluk kepada kesukaran mendapatkannya, selain nilai antik piring hitam itu sendiri. Misalnya, piring hitam R Azmi dan P Ramlee dijual sehingga RM400 sekeping. Walaupun ada yang sanggup membeli pada harga tinggi, tetapi Mustafa tidak mahu menjualnya kerana ia sangat sukar diperoleh.\rSelain ‘pasar karat’ di Jalan Horley, saya juga turut menemui beberapa koleksi piring hitam yang dijual di sebuah kedai Cina di Pasar Besar Ipoh. Antara piring hitam itu termasuklah daripada EP Julie Remie, J Mizan, selain beberapa kumpulan nasyid seperti Orkes EL Suraya dan koleksi penyanyi Indonesia. \rUntuk penggambaran Rock 2, sejumlah pelakon tambahan diperlukan untuk memberikan mood atau suasana masa pada tahun 80-an iaitu ketika era rock kapak. Untuk tujuan itu, kru produksi filem ini membawa sekumpulan anak muda dari Pandamaran dan Klang yang lengkap dengan gaya seperti rock era tahun 80-an.\r“Imej kami adalah asli. Kami tidak pakai rambut palsu. Baju dan kasut yang kami pakai memang apa yang dipakai oleh kumpulan rock kapak,” kata Shawfik Abdul Rahman, yang mewakili rakan-rakannya.\r\n\n\n\n\rMenurut Shawfik, dia bersama rakan-rakannya tidak ada rasa malu mahupun janggal apabila tampil di hadapan orang ramai dengan imej rock kapak. \rBerseluar ketat, jaket singkat, kasut ‘sneakers’, rambut panjang dan mengerbang atau macam afro adalah identiti mereka. \rDitanya lebih lanjut mengenai rock kapak, Shawfik menjelaskan, muzik dan seni kata lagu-lagu rock dulu dianggap mudah dan senang didengar berbanding dengan lagu sekarang yang cepat membosankan. \rDia juga menyebut beberapa nama kumpulan ‘rock kapak’ yang sehingga sekarang masih ada peminatnya tersendiri seperti Bloodshed, Febian, Desire, Crossfire, Junction, Zabarjad, SYJ @ Sofea dan Rusty Blade, dan mereka memang kurang dikenali secara meluas seperti Sweet Charity, Search, Blues Gang, Wings dan Lefthanded.\rKemunculan semula rock kapak yang mula mendapat perhatian daripada peminat boleh diibaratkan sebagai satu kitaran dalam industri muzik. Hampir semua stesen radio menyiarkan lagu-lagu ini sehingga sesetengah pendengar muda sekarang berasakan lagu rock kapak itu adalah karya baru dan dianggap mempunyai tarikan tersendiri.\rItulah penangan rock kapak yang kadang-kadang dipandang rendah atau bahan ketawa sedangkan ‘bisanya’ masih dirasai sehingga hari ini.\rKe mana perginya kumpulan indie? Kemunculan kumpulan muzik aliran indie dalam arus perdana tidak sehebat era ‘rock kapak’. Kerancakan mereka dalam mewarnai aliran muzik kita semakin kendur. Tetapi kemunculan kumpulan indie dalam arus perdana tetapi dipuji kerana mereka dapat mengekang kebanjiran pemuzik dari Indonesia. \rRealitinya, perkembangan muzik kita pada hari ini memang semakin kelam. Tidak banyak karya muzik terbaru dan segar berkumandang di radio, mahupun di TV. Biarpun ada banyak program bakat baru diwujudkan, tetapi kita masih melihat penyanyi atau kumpulan muzik sama. \rDi mana silapnya dan kenapa berlaku? Membincangkan perkara ini sama seperti kita membicarakan isu antara ayam dan telur, mana satu patut datang dulu. Hendak kata stesen radio tak bagi sokongan, mereka memberi alasan penyiaran lagu baru berdasarkan kepada sokongan pendengar iaitu masyarakat. Tapi pendengar pula mengatakan stesen radio tidak memberikan banyak pilihan lagu kerana penyiaran lagu-lagu yang semakin terhad. \rBanyak pihak harus terbabit sama untuk memastikan industri atau perkembangan muzik kita kembali rancak, panas dan segar. \rMungkin juga sudah tiba masanya ada tolak ansur daripada semua stesen radio supaya memberi peluang kepada semua pengkarya muzik, baik baru atau lama mengetengahkan karya masing-masing. Benar faktor tuntutan komersial penting dalam menarik iklan, tetapi peranan radio dan TV dalam menyuburkan semula perkembangan industri muzik tanah air sangat penting. \rMujurlah kita masih ada lagu-lagu lama yang diberikan dengan pelbagai istilah seperti lagu retro, rock kapak atau lagu jiwang, tetapi itulah juga yang sedang mengisi kekosongan industri muzik hari ini. Tanpa lagu-lagu itu, yang suatu ketika dipandang sebelah mata kononnya tidak urban atau ketinggalan zaman, apa lagi lagu yang hendak disiarkan oleh stesen radio sekarang? \rPada masa sama juga, kita mengharapkan pengkarya muzik dapat menghasilkan hasil karya yang bermutu, tinggi nilai seninya, puitis seni katanya, bunyi yang mantap serta bertenaga selain senang didengar. Semua ini adalah cabaran juga kepada mereka yang bercita-cita besar dalam bidang muzik.\rPengkarya muzik harus lahir dengan kepelbagaian identiti dan aliran. Janganlah apabila ada kumpulan atau penyanyi sudah membawakan muzik indie atau rock semuanya memberi tumpuan kepada aliran muzik yang sama.\rKepelbagaian aliran muzik juga penting kerana ia menjadikan dunia muzik kita rancak dan segar semula. Terima kasih kepada lagu-lagu dari aliran rock kapak yang masih sedap didengar dan dianggap ‘benda’ baru oleh pendengar generasi hari ini. - [email protected]

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.038147 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list