CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3440|Reply: 15

Jom kita berkhemah sambil berkelah......

[Copy link]
Post time 22-7-2011 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by jazaa1 at 22-7-2011 13:22

Penduduk Israel berang harga naik
BEBERAPA penduduk Israel duduk dekat khemah di Bandar Lama Baitulmuqaddis kelmarin.



TEL AVIV -


Penduduk di Israel kini marah apabila mereka mendapati taraf kehidupan meningkat termasuk harga rumah dan makanan.
Ekoran itu, sejumlah orang mendirikan khemah di serata Israel untuk membantah kenaikan harga rumah ketika harga hartanah global menurun ekoran masalah ekonomi.  Negara ini mempunyai jurang pendapatan yang meluas manakala harga makanan telah meningkat sejak beberapa bulan lalu termasuk harga minyak.


Mogok juga diadakan baru-baru ini oleh para pekerja sosial dan doktor yang kecewa ekoran perasaan tidak puas hati mengenai kenaikan kos di negara ini.  Harga sebuah apartmen sederhana di negara ini melebihi AS$500,000 (RM1.49 juta).
Seorang wanita, Lital Yitzhak dan suaminya yang merupakan pengurus gudang terpaksa berpindah ke rumah ibu mereka kerana kadar sewa tinggi sebanyak AS$900 (RM2,693) sebulan dikenakan pemilik apartmen dua bilik yang kecil di Baitulmuqaddis lapan bulan lalu.  "Saya tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan oleh satu pasangan muda (ekoran kenaikan kos hidup)," kata Lital yang merupakan seorang guru ganti prasekolah.  Dia dan suaminya hanya memperoleh pendapatan kira-kira AS$1,800 (RM5,386) sebulan.

Harga minyak di Israel ialah AS$8 (RM23.94) bagi setiap 3.78 liter manakala sebuah kereta sedan berharga AS$35,000 (RM104,776) ke atas.  Di Baitulmuqaddis, puluhan pasangan mendirikan khemah di kawasan berdepan tembok Bandar Lama.
"Harga meningkat di serata negara," kata seorang aktivis perumahan dan seorang anggota Majlis Perbandaran Baitulmuqaddis.


P/s:  Kalau kat Msia,  boleh lah dirikan khemah kat LRT masjid Jamek....
Redup sikit kat tempat tu......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2011 01:25 PM | Show all posts
apartment juta?

sewa riburibu?

kete ratus ribu?

{:3_84:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2011 02:09 PM | Show all posts
apartment juta?

sewa riburibu?

kete ratus ribu?
sosimple Post at 22-7-2011 13:25


Gaji biasa-biasa je.......
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 02:38 PM | Show all posts
kat malaysia bila nak buat macam ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2011 02:43 PM | Show all posts
kat malaysia bila nak buat macam ni...
honda_jazz Post at 22-7-2011 14:38


Nak kena sapu bersih ke honda?......
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 02:59 PM | Show all posts
kat mesia boleh tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2011 02:03 AM | Show all posts
ek eleh
tanah palestin byk dirmpas tu, masih tk ckup lagi ka..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2011 08:59 PM | Show all posts
tinggi btol kos sara hidup..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2011 12:57 AM | Show all posts
mak aihhhhhhhhhh....
kalo kat KL, living expenses as high as cam nie... baik aku balik kampung jerrrrr
gaji cam equal jer kat Malaysia tapi rega rega barang .. langsung tak sejajar ngan pendapatan penduduk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2011 11:16 AM | Show all posts
Reply 9# HaMiZiE

Kat kampung pun sama mizie.....
Putu piring kat K.L 4biji -RM2....
Kat kampung pun sama.....
I beli nasi goreng kampung kat kampung RM4.50 jugak......
Memang tak de nak murah nya.......orang kampung ikut harga K.L.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 03:22 PM | Show all posts
Reply  HaMiZiE

Kat kampung pun sama mizie.....
Putu piring kat K.L 4biji -RM2....
Kat kampung  ...
jazaa1 Post at 24-7-2011 11:16


kalo cam tu jaza, biler balik kampung... kalo nak makan, baik pi memburu binatang kat hutan or memancing kat sungai... kalo nak makan sayor lak, pi ar petik sayur sayur hutan ... suma free tak yah nak bayor, cuma perlukan usaha jer ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2011 04:22 PM | Show all posts
Reply 11# HaMiZiE

Masalahnya....kampung ku tak ada hutan nak memburu mizie...
kecuali kejar je ayam mak cik senah, mak cik Tom, mcik Bedah....
Nak cari sayur setakat jantung pisang tu adalah.....
Tapi rasanya kalau dah berhijrah ke kampung tu....nanti pandai-pandai le tanam segala pucuk tu kan mizie kan....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 07:27 PM | Show all posts
Reply 12# jazaa1

mujur ko kejar hayam2 jiran...kalo ko jadi mak hayam katk ampung tue.. baik ko dok bandar jer ler jaza

tanam ar sayur2 yang tak cerewet nak dijaga...e.g. cekur manis. Cucuk jer batang dia dalam tanah, 3-4 minggu lepas tu, sure belakang umah ko semak ngan sayur cekur manis ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2011 08:10 PM | Show all posts
Reply 13# HaMiZiE



Mod.....Mizie melucah!!!!!....

Ada ke cerita pasal sayur boleh terbabas ke mak ayam le pulak....
Mod....potong keledet Mizie.....

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 04:09 PM | Show all posts
kalau kat malaysia neh kene cr port sedap sket nak bekemah..kalau wat kemah x tentu pasal kang jd mende lain lak..hahahhaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2011 04:18 PM | Show all posts
kalau kat malaysia neh kene cr port sedap sket nak bekemah..kalau wat kemah x tentu pasal kang jd me ...
ell768 Post at 25-7-2011 16:09


Hish...hish...ell
Mcm tu le pulak......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.069193 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list