CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6264|Reply: 11

masalah hormon dan ovari tebal

[Copy link]
Post time 3-10-2011 04:07 PM | Show all posts |Read mode
I'm 27 years old, belum berkahwin dan tidak pernah mengamalkan seks bebas.

aku tak pernah cek menstrual cycle aku, tp yg aku pasti aku jarang-jarang atau tidak penah mengalami senggugut.  tau2 je dah period.  mood swing tu adelah, tp tu pun like 2 weeks b4 aku period, jadi aku pun tak sure aku ni ade pms ke tak.

cuma baru2 ni aku pegi cek doktor. dan doktor ade scan ovari aku dan doktor dapati ovari aku ni tebal.  satu indicator yg hormone balance dalam badan aku menghampiri lelaki.  dan doktor cakap aku probably tak menghasilkan telur aka aku tidak subur.

wat masa ni doktor kasi aku fish oil, some epo utk melancarkan darah, dan doktor sarankan aku kurangkan daging dan lebihkan sayur.  dlm pd masa yg sama, doktor suruh aku wat executive medical checkup hape kebende ntah dan die cdgkan aku amek terapi gantian hormon.  

ada sesape tak di sini yg ade masalah mcm aku dan adakah masalah aku ni serius sbnrnye?

P/s : aku bersyukur aku tak kawin lg. sbb aku rasa kalau aku kawin mesti skrang laki aku gatal nak kawin lg or kami bertelagah sbb isu cahaya mata. dan tak pasal2 aku dituduh mandul.....huhuhu everything happens for a reason i guess....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2011 04:51 PM | Show all posts
Reply 1# annehuda


    salam,
saya pun mengalami masalah mcm awak.dn lagi teruk,saya susah nak dtg period.dlm setahun adala dlm 2 atau 3 kali jer period.mmg doc kata sy byk hormon laki.tp sy dh kawen.dh ade sorg ank pn.pnykit mcm kiter ni tak semestinya tak blh mengandung tau.saya usaha untuk dpt zuriat saya.sy g jumpe doc O&G yg terbaek bg saya utk tlg sy hasilkan telur.yg pntg sikap saling mengambil berat hubby kite ke atas diri kite.dan slalu berfikiran +ve.sy gap dlm 8 bulan jer lps kawen n then trus ngndung dgn skali jer treatment.doc siap ckp,"fail awk nipis shj lg tp dh berjaya ngndung.org lain dh tbl failnye tp tak berjaya lg."setiap org ade rezeki msg2.jgn riso.sume Allah s.w.t. dh tentukan. kalo awk nk buat treatment pun blh dgn doc ni.tak de bnd yg mustahil dlm dunia ni.harap awk pun slalu brfkrn +ve mcm sy~!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2011 09:46 PM | Show all posts
Reply  annehuda


    salam,
saya pun mengalami masalah mcm awak.dn lagi teruk,saya susah nak d ...
shima_tsr Post at 3-10-2011 16:51



    thanks for sharing.....sbnrnye sy takdelah serius sgt nk pregnant pun, kawin pun blum lg. tp bile doc ckp sy ni terkurang hormon perempuan, sy pun risau gak.  iyolah nk membetulkan hormon ni kan amek masa jugakkk....

jadi skrang sy kene kurgkan makan daging la ye? tp sy mmg suka daging pun. sy mmg peminat daging, hari2 makan mesti nak lauk daging. hehehe tu yg terlebih hormon lelaki kot...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 10:45 PM | Show all posts
Sori aku menyampuk dalam thread ni. First time baca tentang ni. Tak pernah tau pon sebelum ni. Tadi dok search kat gugel, jumpa benda alah ni. Mungkin bleh kongsi


PENYAKIT polycystic ovarian syndrome (PCOS) mula dibincangkan oleh Stein dan Leventhal dalam tahun 1935. Penyakit ini mempunyai beberapa ciri dan pada tahun 2003, pakar-pakar dari Amerika dan Eropah bersepakat PCOS perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua daripada tiga ciri berikut:

1. Bukti terdapat kadar hormon lelaki, androgen yang tinggi (secara kadar biokimia atau manifestasi klinikal) iaitu hirsutism (terdapat bulu tumbuh pada kawasan yang khusus untuk lelaki seperti misai dan janggut), jerawat dan juga botak di bahagian depan kepala.

2. Permasalahan proses ovulasi, kitaran haid yang lama (contohnya kedatangan haid yang tidak tetap, setiap 2-3 bulan), tempoh pendarahan yang lama dan pendarahan yang sedikit.

3. Kilang ovari mempunyai banyak sista. Pemeriksaan ultrabunyi menunjukkan terdapat banyak folikel yang kecil dan tidak membesar secukupnya untuk mengeluarkan ovum (benih wanita) dalam proses ovulasi. Sista lazimnya berukuran kurang daripada 10 mm garis pusatnya.

Penyakit PCOS berkemungkinan berlaku dalam 16-33 peratus wanita yang tidak mempunyai tanda penyakit. Sebaliknya, di kalangan mereka yang mempunyai ciri-cirinya seperti hirsuitism, masalah pendarahan haid dan jerawat, kadar PCOS boleh mencecah sehingga 90 peratus.

Tidak diketahui apa penyebab penyakit PCOS tetapi terdapat kemungkinan ia penyakit keturunan. Kajian menunjukkan bahawa di kalangan keluarga terdekat kadar penyakit ini meninggi enam kali ganda.

Masalah kencing manis berlaku dalam 30-60 peratus wanita yang berpenyakit PCOS terutama bagi wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

Kajian juga menunjukkan bahawa wanita PCOS ini mengalami masalah kesihatan jangka panjang seperti:

1. Mempunyai risiko yang tinggi untuk barah rahim (endometrium) – lima kali ganda;

2. Mempunyai risiko yang lebih untuk barah ovari - 2.5 kali ganda;

3. Risiko untuk penyakit kencing manis seperti yang disebut di atas;

4. Masalah kesukaran untuk hamil;

5. Kaitan dengan masalah sakit jantung sudah dikenal pasti tetapi kajian jangka panjang tidak menunjukkan terdapatnya penambahan kadar kematian disebabkan penyakit jantung bagi wanita yang berpenyakit PCOS.

Rawatan penyakit PCOS ini bergantung kepada umur wanita dan keinginannya untuk hamil. Rawatan juga penting untuk mengurangkan risiko barah rahim terutama jika kitaran haidnya terlalu lama dan pendarahan yang terlalu banyak.

Beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengimbangi hormon dan pencapaian hamil:

1. Mengurangkan berat badan ke tahap yang unggul (MBI 20-24) bagi ketinggian seseorang;

2. Menggunakan ubat-ubatan untuk menghasilkan proses ovulasi. Dos ubat-ubatan ini perlu digunakan dalam kadar yang sedikit kerana wanita PCOS mungkin terlalu sensitif dan boleh menyebabkan terlalu banyak folikel terangsang;

3. Menjalani pembedahan kecil pada ovari iaitu ovarian drilling (penebukan pada kilang ovari). Folikel yang banyak dicucuk supaya memberi jalan bagi proses ovulasi. Tujuan proses ini dilakukan ialah untuk mengatasi masalah selaput ovari tebal yang terdapat pada wanita PCOS;

4. Rawatan dengan hormon untuk memulihkan kitaran haid kepada yang normal;

5. Kajian ada menunjukkan bahawa rawatan dengan menggunakan ubat-ubatan untuk menurunkan kadar gula dalam darah (rawatan untuk penyakit kencing manis) boleh mengurangkan masalah fungsi insulin terjejas (insulin resistance), serta mengurangkan kadar testosterone dan menghasilkan kitaran haid yang lebih seragam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 07:27 AM | Show all posts
Reply 4# aLieNzDaToR


    yup~!itula pnyakit saya!PCOS!sy lupe bgtau reply sy yg smlm.hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 11:23 AM | Show all posts
sy pun baru nak gi check pakar sakit puan pasai simptom2 PCO tu cam dah ade je kat saya..huhu..risaunya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-10-2011 11:31 AM | Show all posts
Sori aku menyampuk dalam thread ni. First time baca tentang ni. Tak pernah tau pon sebelum ni. Tadi  ...
aLieNzDaToR Post at 3-10-2011 22:45



    thanks for the info....

barah rahim? makcik aku sorg pengidap kanser payudara....risaunye aku...takut sejarah berulang kembali
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 01:40 PM | Show all posts
erk...takutnye..antara simptm PCOS ni kan....berat badan berlebihan hukhukhuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2011 04:31 PM | Show all posts
terlebih berat la ni..pastu nak trunkan pun payah ja..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 03:29 PM | Show all posts
Hi

Ada satu spray yang iaitu SKi For Personal Hygiene Spray yang boleh membantu masalah anda.  Sila refer to link berikut dan cari info on SKi yang mempunyai banyak benefits dan tiada bahan kimia:

i) https://www.facebook.com/Mk13FacialTreatment?ref=hl - scroll down for SKi Personal Hygiene Spray

ii) http://www.mk13facialtreatment.com/SKi.html

Saya boleh dihubungi di 010-2254282 atau email to [email protected]
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 04:14 PM | Show all posts
Polycystic ovary syndrome (PCOS) is one of the most common female endocrine disorders. PCOS is a complex, heterogeneous disorder of uncertain etiology, but there is strong evidence that it can to a large degree be classified as a genetic disease.[1][2][3]

PCOS produces symptoms in approximately 5% to 10% of women of reproductive age (12–45 years old). It is thought to be one of the leading causes of female subfertility[4][5][6] and the most frequent endocrine problem in women of reproductive age.[7]

best recommended to overhaul seluruh sistem (12 sistem) badan!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 08:48 PM | Show all posts
saya sarankan guna sne kapsul dan beutskin...............bukan setakat menstabilkan hormon, dia juga memelihara ovari, dan semua organ wanita.......dan wanita yg ada masalah dalaman.............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.049191 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list