View: 200|Reply: 0
|
Model baru lonjak jualan Ducati
[Copy link]
|
|
Monster 795 dipasarkan Disember antara penyumbang terbesar perolehan \rNEXT Bike Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan NAZA dan pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia menyasarkan peningkatan jualan sehingga 300 peratus tahun depan disokong pengenalan model baru Monster 795 yang akan menjengah pasaran negara ini mulai Disember depan.\r\n\n\n\n\r Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan NAZA, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, berkata motosikal berkuasa tinggi kategori ‘naked’ yang diimport sepenuhnya (CBU) dijangka menjadi penyumbang terbesar kepada pertumbuhan jualan tahun depan sekali gus menyokong keseluruhan jualan bagi jenama itu di negara ini.\r \r\n\n\n\n\n Sehubungan itu, katanya, NAZA menyasarkan penguasaan pasaran bagi kategori terbabit 50 peratus tahun depan berbanding 15 hingga 20 peratus yang dicatat setakat ini.\r“Kami optimis untuk mencapai semua sasaran ini memandangkan Monster 795 yang akan berada di pasaran hujung tahun ini menawarkan harga yang sangat kompetitif berbanding model sebelumnya,” katanya namun enggan mengulas lanjut berhubung harga yang ditawarkan.\rBeliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi pra-tonton rasmi global model Ducati Monster 795 di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Ketua Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan NAZA, Datuk SM Zulkifli SM Amin.\rDifahamkan Monster 795 yang sudah menerima tempahan mencecah tiga angka sejak ia dibuka awal Oktober lalu akan dijual pada harga bawah RM100,000 sekali gus dilihat mampu menarik lebih ramai pembeli untuk memiliki jentera ketujuh yang akan dipasarkan di Malaysia itu.\r\n\n\n\n\rSempena dengan sesi pra-tonton model Ducati Monster 795, Next Bike turut menganjurkan Ducati Brand Experience Roadshow di pusat beli-belah Lot 10 sehingga 23 Oktober ini yang mana semua model Ducati akan dipamerkan kepada orang awam dan dalam masa sama mereka turut boleh membeli tiket Kejohanan MotoGP yang dijadualkan bermula 21 hingga 23 Oktober ini di Litar Sepang.\rDalam perkembangan sama, SM Faizal berkata, pihaknya turut menyasarkan pertumbuhan jualan sehingga 130 peratus menjelang akhir tahun ini berbanding tahun sebelumnya didorong oleh pengenalan model Ducati Diavel akhir tahun lalu.\r“Kami turut menyasarkan jualan lebih 200 unit model Ducati menjelang akhir tahun ini, ” katanya.\rMengulas mengenai pengecualian sepenuhnya duti import dan eksais kepada pemegang francais bagi mengimport kereta hibrid dan elektrik sehingga 31 Disember 2013 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012, beliau berkata, inisiatif kerajaan itu memberi peluang kepada NAZA menerokai pasaran kenderaan mesra alam menerusi model Peugeot, Chevrolet dan KIA.\r“Inisiatif ini memberi impak positif kepada sektor automotif khususnya bagi segmen kenderaan hibrid dan elektrik, namun pengeluar atau pengedar dan kerajaan perlu berbincang untuk mewujudkan lebih banyak infrastruktur kepada pelanggan khususnya kemudahan mengecas tenaga bagi meningkatkan akses mereka, ” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|