CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

Peti deposit cek di pejabat pos

[Copy link]
Post time 22-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
DRB-Hicom teroka khidmat logistik, kurierDRB-Hicom Bhd bercadang mengadakan lebih banyak kerjasama strategik dengan Pos Malaysia Bhd dalam perkhidmatan logistik, pengangkutan dan kurier bagi meningkatkan lagi keupayaan anak syarikatnya itu dalam sektor perkhidmatan.\n\n\n\nPengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, berkata kerjasama yang akan dimuktamadkan dalam tempoh enam bulan itu bukan hanya memberikan manfaat kepada DRB-Hicom sebagai syarikat induk, malah Pos Malaysia dan anak syarikatnya yang lain.\n\n\n\n\n\n“Kerjasama ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Pos Malaysia sebagai penyedia pelbagai perkhidmatan,” kata beliau yang juga adalah Pengerusi Pos Malaysia selepas melancarkan perkhidmatan peti deposit cek Bank Muamalat Malaysia Bhd (BMMB), di Kuala Lumpur, semalam.Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Syed Faisal Albar dan Ketua Eksekutif BMMB, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid.Sementara itu menerusi kerjasama dengan BMMB, Pos Malaysia bercadang menempatkan 100 peti deposit cek di pejabat pos seluruh negara menjelang bulan depan bagi meningkatkan akses pelanggan menggunakan perkhidmatan perbankan Islam yang ditawarkannya.Mohd Khamil berkata, setakat ini 10 pejabat pos terpilih di beberapa negeri sudah menyediakan perkhidmatan peti deposit cek terbabit termasuk di Lembah Klang, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.\n\n\n\nMenerusi perkhidmatan terbaru itu katanya, ia mempelbagaikan perkhidmatan yang disediakan pejabat pos sekali gus meningkatkan peranannya.“Perkhidmatan tanpa sebarang caj ini memberi pilihan dan memudahkan pelanggan membuat urus niaga tanpa perlu ke cawangan BMMB berdekatan, ” katanya.Sementara itu, Mohd Redza Shah berkata, BMMB bercadang meningkatkan kerjasama dengan Pos Malaysia untuk mewujudkan lebih banyak perkhidmatan perbankan Islam di pejabat pos pada masa akan datang.Katanya, pelan kerjasama berterusan terbabit itu masih di peringkat kajian, namun bank Islam itu akan menimbang daripada pelbagai sudut sebelum membuat sebarang keputusan.“Kerjasama antara dua entiti ini memiliki potensi yang amat besar pada masa akan datang dan kami menimbang mengembangkan perkhidmatan perbankan menerusi pejabat pos termasuk mewujudkan kiosk atau perkhidmatan berkaitan demi kemudahan pelanggan, ” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.317424 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list