CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 100|Reply: 0

Tuan rumah SUKMA XV sasar raih 35 pingat emas

[Copy link]
Post time 2-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SEBANYAK 35 pingat emas disasarkan oleh Pahang selaku tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) XV Pahang 2012 yang dijadualkan berlangsung Julai depan.\rPengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat, berkata sasaran itu adalah realistik berdasarkan kemampuan atlit negeri selepas sekadar meraih 32 emas pada SUKMA Melaka 2010.\r\n\n\n\n\r    Menurutnya, antara yang boleh menjadi penyumbang utama pingat emas ialah menerusi acara menembak, memanah, berbasikal, olahraga, silat olahraga dan petanque.\r\r\n\n\n\n\n    \"Setakat ini, semua atlit menjalani latihan di bawah kendalian persatuan sukan masing-masing dan kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Pahang (MSP) memantau perkembangan mereka.\r\"Sebagai tuan rumah, kami bukan saja menumpukan kepada prestasi kontinjen, malah penganjuran kejohanan sukan berprestij itu adalah yang terbaik.\r\"Sebab itu, sebanyak 35 pingat emas ditetapkan sebagai sasaran awal tetapi dengan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, tidak mustahil pungutan pingat emas bertambah,\" katanya di Kuantan, semalam.\rWan Adnan berkata, pada masa sama, kontinjen Pahang mensasarkan kelompok tiga teratas dalam SUKMA XV 2012.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.847014 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list