CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 256|Reply: 0

Bisnes Dunia: Menteri Jepun bantah rundingan Trans-Pasifik

[Copy link]
Post time 13-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Parti pemerintah bimbang cadangan  cetus sentimen anti-AS\rAHLI Parlimen parti pemerintah Jepun memberitahu Amerika Syarikat (AS), mereka  menentang cadangan Perjanjian Perdagangan Bebas Pasifik dan memberi amaran bahawa rundingan  mengenainya  mencetuskan sentimen anti-AS di negara itu.\r\n\n\n\n\r  Perdana Menterinya, Yoshihiko Noda, November lalu, mengumumkan Jepun  mengadakan perbincangan awal mengenai Perkongsian Trans-Pasifik, inisiatif utama dalam perjanjian yang diharapkan Presiden Barack Obama mengeratkan hubungan antara AS dan Asia.\r\r\n\n\n\n\n  Bagaimanapun, pandangan Jepun terhadap perjanjian perdagangan itu  bercampur-campur, manakala enam ahli Parti Demokratik Jepun pimpinan Noda, menghabiskan tiga hari di Washington untuk memberi maklum balas berhubung komitmen Perdana Menteri mereka terhadap penubuhan pakatan dagangan terbabit.\r“Ingin dijelaskan  walaupun kerajaan Jepun meneruskan rundingannya, Parlimen tidak akan mengesahkan,” kata Masahiko Yamada, yang berkhidmat sebagai Menteri Pertanian Jepun, tahun lalu dalam satu sidang media. \rTegasnya, beliau turut memberitahu seorang pegawai Jabatan Negaranya, wujud pertambahan rakyat Jepun yang menentang Perkongsian Trans-Pasifik dan berpandangan idea itu sebagai  kawalan  dipelopori AS.\r“Saya memberi pandangan kepada mereka kerana saya khuatir ia akan menimbulkan sentimen anti-Amerika dan meminta Jabatan Negara meneruskannya dengan langkah berhati-hati,” katanya.\r\n\n\n\rSembilan negara iaitu Malaysia, Australia, Brunei, Chile, New Zealand, Peru, Singapura, AS dan Vietnam, terbabit dalam rundingan perjanjian perdagangan itu dan melaporkan kemajuan masing-masing ketika bertemu di luar Sidang Kemuncak Asia-Pasifik (APEC)  di Hawaii, November lalu.\rPada bulan sama, Jepun, Kanada dan Mexico turut menyatakan minat untuk turut serta dalam kumpulan berkenaan, meninggalkan China, iaitu negara ekonomi Asia terbesar, bersendirian.\rObama menyatakan pakatan itu sebagai perjanjian abad ke-21, yang memastikan wujudnya piawaian buruh dan alam sekitar serta menetapkan matlamat  menggandakan eksport AS dalam usaha melonjakkan kembali ekonominya yang lembap.\rKumpulan penyokong Jepun bagi Perkongsian Trans-Pasifik berkata, negara itu perlu menjadi sebahagian daripada pembentukan kumpulan pemerintah di rantau ini di tengah-tengah kebangkitan China dan persaingan sengit dari Korea Selatan, yang memiliki perjanjian perdagangannya sendiri dengan Washington.\rBagaimanapun, komuniti pertanian Jepun menentang perjanjian itu, bimbang ia akan membinasakan sektor tanaman padi yang mana rata-rata petaninya menikmati perlindungan kerajaan. \rYamada berkata, pegawai AS menegaskan kepadanya, semua sektor aktiviti industri perlu dikemukakan dalam rundingan berkenaan.\rKumpulan penentang pakatan dagangan itu di Jepun serta tempat lain, menyatakan inisiatif itu akan hanya memanfaatkan syarikat dan bukannya rakyat biasa. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.052625 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list