|
Tiga bank asing bersama Maybank, CIMB kendali proses penyenaraian ke Bursa Malaysia\rFELDA Global Ventures Sdn Bhd (FGV), yang sedang dalam proses disenaraikan di Bursa Malaysia, akan bertindak secara telus dengan proses berkenaan, termasuk pemilihan rakan globalnya, kata Presiden dan Ketua Eksekutif, Datuk Sabri Ahmad.\r\n\n\n\n\r FGV ialah cabang komersial Felda Holdings Bhd. Ia menguasai 49 peratus kepentingan dalam FELDA Holdings, sementara baki 51 peratus lagi dikuasai Koperasi Pelaburan Felda (KPF).\r\r\n\n\n\n\n FGV memiliki 80 syarikat aktif yang menjalankan pelbagai aktiviti seperti perladangan pelbagai tanaman, minyak dan lemak, oleokimia, logistik dan perkhidmatan.\rIa mempunyai operasi di Amerika Syarikat, Kanada, China, Australia dan Asia Barat.\rSabri berkata, meskipun proses penyenaraian agak rumit berikutan saiz dan operasi syarikat, FGV akan mengambil setiap peluang untuk menjelaskan kelebihan penyenaraian itu kepada pemegang saham, terutama peneroka FELDA.\r“Kami mahu menjelaskan salah faham berhubung penyenaraian itu, dan untuk itu kami akan terus mengadakan dialog dengan pihak berkenaan,\" katanya kepada BERNAMA di London, semalam.\r\n\n\n\rTiga bank asing, Morgan Stanley, JP Morgan dan Deutsche Bank, bersama bank tempatan Maybank dan CIMB, telah dilantik untuk mengendalikan proses penyenaraian itu.\rBank berkenaan telah diminta mengkaji dan menyediakan tawaran awam permulaan (IPO) FGV dan mengenal pasti rakan global strategiknya.\r\"Sebahagian daripada proses itu ialah untuk mendapatkan rakan global bagi mengembangkan aktiviti hiliran FGV,\" kata Sabri sambil menambah, walaupun saranan berhubung rakan global strategik itu akan datang daripada bank pelaburan, keputusan akhir akan dibuat oleh lembaga pengarah FGV.\r“Kami akan memastikan yang setiap keputusan yang dibuat berhubung dengan penyenaraian adalah yang terbaik untuk pemegang saham,\" tegasnya.\rFelda Group menguruskan tanah perladangan seluas 850,000 hektar tetapi penyenaraian itu akan hanya membabitkan 350,000 hektar.\rSabri mengulangi yang peneroka akan terus memiliki tanah selepas penyenaraian itu.\rMenjelaskan dengan lebih lanjut, beliau berkata, penyenaraian itu antaranya, akan membolehkan FGV mengukuhkan kedudukan globalnya dengan mengembangkan aktiviti hiliran dengan rakan strategik global yang dipilih nanti.\r“Adalah penting untuk FGV untuk terus berkembang ke dalam aktiviti hiliran dan terbabit dalam rantaian bekalan keseluruhan untuk jadi lebih mampan,\" tambah beliau.\rMengenai dakwaan yang operasi FGV mencatatkan kerugian sehingga berjumlah RM500 juta tahun lalu, Sabri berkata setiap syarikat akan melalui beberapa fasa sebelum balik modal dan mencatatkan keuntungan.\rOperasi di Boston, (US) meraih keuntungan tahun lalu sementara di Kanada, akan berbuat demikian tahun ini, jelasnya.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|