CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

Rundingan ambil alih PROTON dimuktamad minggu depan

[Copy link]
Post time 14-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Khazanah, DRB-Hicom peringkat akhir bincang harga 42.7 peratus ekuitiPERSOALAN mengenai pihak yang bakal mengambilalih 42.7 peratus pegangan Khazanah Nasional Bhd di dalam Proton Holdings Bhd bakal terjawab minggu depan, kerana sayap pelaburan kerajaan itu dikatakan sudah pun memilih DRB-Hicom Bhd sebagai pembeli yang layak.\rSumber industri berkata, Khazanah dan konglomerat yang dikuasai oleh usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary itu kini sedang pada peringkat akhir rundingan mereka bagi mencapai persetujuan berhubung harga bagi pengambilalihan itu.\r\n\n\n\n\r  “Jika persetujuan itu dapat dicapai pada Sabtu (hari ini) atau Ahad ini, kedua-duanya akan memeterai perjanjian jual beli itu minggu depan,” kata sumber industri itu kepada Berita Harian semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau berkata, Khazanah dijangka akan membuat pengumumannya mengenai penjualan itu berserta rasional pemilihan konglomerat berkenaan selepas pemeteraian perjanjian itu.\rSumber industri itu berkata, pemilihan DRB-Hicom dibuat Khazanah  selepas satu proses penilaian yang telus, ketat serta adil berdasarkan tiga faktor utama, iaitu kedudukan kewangan yang kukuh; pakatan bersama syarikat automotif terbesar Eropah, iaitu Volkswagen AG; dan ekosistem industrinya yang sama dengan Proton Holdings dari segi komuniti vendor.\rJelasnya, dengan memiliki kelebihan dari segi kewangan, Khazanah tidak perlu bimbang dengan kemampuan pihak yang membeli Proton Holdings untuk membangunkan pengeluar kereta nasional itu.\rSelain itu, beliau berkata, pihak yang akan membeli 42.7 peratus pegangan Khazanah dalam Proton Holdings juga perlu membuat tawaran awam mandatori (MGO) bagi baki saham Proton yang tidak dimilikinya selepas pembelian berkenaan yang sudah tentunya akan membabitkan kos yang tinggi.\r\n\n\n\r“Justeru, DRB-Hicom dipilih berikutan ketersediaan sumber kewangannya, selain mampu menyuntik lebih banyak modal bagi mengukuhkan lagi  kedudukan pengeluar kereta nasional itu berbanding pembida lain yang terikat dengan kekangan kewangan, selain tidak memiliki dana mencukupi,” katanya.\rBeliau berkata, jika diandaikan harga pembelian adalah RM6 sesaham, pihak yang dipilih mengambilalih Proton Holdings perlu membelanjakan sekitar RM3.3 bilion bagi pengambilalihan itu, termasuk kos bagi MGO.\rPada akhir sesi dagangan Bursa Malaysia semalam, saham Proton ditutup pada RM5.18 sesaham.\rSumber industri itu berkata, selain faktor kewangan, Khazanah juga mengambil kira bagaimana penjualan itu turut boleh membantu menaik taraf industri automotif tempatan yang mana Proton Holdings adalah sebahagian daripada kunci dan nadi kepada kejayaan pelaksanaannya.\r“Khazanah perlu menjual kepada syarikat yang mampu meneruskan usaha memulih dan mengembangkan lagi jenama PROTON di persada antarabangsa kerana setelah hampir 30 tahun ditubuhkan, Proton Holdings masih lagi terkial-kial menempatkan jenamanya di arena global.\r“Ini adalah komitmen dan amanah yang diutamakan Khazanah dalam mengurangkan pegangan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana meskipun ia keluar (menjual pegangannya), ia tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku terhadap syarikat berkenaan,” katanya sambil menegaskan selama ini, Khazanah sentiasa menjadi ‘penjual’ bertanggungjawab dan tidak melupuskan pegangannya tanpa menjalankan tanggungjawabnya terhadap kakitangan serta masa depan syarikat berkenaan.\rSumber industri itu berkata, dengan memiliki program dan komuniti vendor yang boleh saling melengkapi, selain disokong jalinan pakatan strategiknya dengan Volkswagen yang akan mencetuskan lebih banyak pemindahan teknologi serta kepakaran, Khazanah juga yakin DRB-Hicom adalah pilihan yang tepat bagi Proton Holdings.\rSelain Khazanah, pemegang saham utama lain Proton Holdings ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan pegangan 10.72 peratus dan PETRONAS (7.85 peratus).\rSementara itu difahamkan, CIMB Investment Bank Bhd dilantik sebagai penasihat kewangan kepada Khazanah, manakala DRB-Hicom diwakili Maybank Invesment Bank Bhd.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.728153 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list