CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1972|Reply: 12

Kucing dapat lutut palsu

[Copy link]
Post time 29-1-2012 07:55 PM | Show all posts |Read mode

CYRANO duduk di atas  meja pada satu  sidang akhbar di Universiti Negeri Carolina Utara di Raleigh, Carolina Utara Rabu lepas.



RALEIGH, Amerika Syarikat - Kerana Cyrano memiliki berat lebih 9 kilogram, ia akan lumpuh jika satu kakinya yang lemah akibat kanser dipotong.
Cyrano atau nama penuhnya, Cyrano L. Catte II menjalani rawatan Universiti Colorado pada tahun lalu selepas satu kaki belakangnya diserang kanser. Cyrano semakin sembuh selepas dirawat tetapi kaki tersebut hampir tidak dapat berfungsi.
Justeru, pemilik kucing jantan itu, Sandra Lerner dan pasangannya, Len Bosack merayu bantuan sekumpulan doktor dan jurutera Universiti Carolina Utara supaya haiwan kesayangan mereka dapat bergerak kembali.
Pada Khamis lalu, kucing berusia 10 tahun itu yang tinggal di sebuah rumah agam di sini menerima implan lutut prosthetik kucing pertama di AS.
"Ini adalah lutut palsu paling sukar yang pernah dibina di negeri ini," kata pakar bedah haiwan, Denis Marcellin-Little.
Kucing berkenaan kini semakin sihat selepas menjalani pembedahan untuk memasukkan implan sepanjang 5 sentimeter diperbuat daripada plastik dan aloi itu pada kos sekitar AS$20,000 (RM60,820). - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2012 07:55 PM | Show all posts
Bertuahnya kucing ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 08:36 PM | Show all posts
La, ingat ada gambaq kucin tu pakai lutut palsu td.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 08:36 PM | Show all posts
baguslah ada manusia yg prihatin pd haiwan
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 08:40 PM | Show all posts
sepanjang 10 tahun aku bela kucing, dah lebih 10 ekor aku pernah bela, sampai ade beberapa ekor mati kerana tua

tak pernah lagi kucing2 yg aku bela kena kanser,

hairan sungguh kucing di negara omputih ni, macam macam,,,
ape dieorang bagi kucing tu makan arhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 08:55 PM | Show all posts
Kucin pun bleh kena kanser...sian...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2012 09:41 PM | Show all posts
mungkin  kena kanser if kucing tu pernah mengalami kecederaan dalaman mcm patah kaki.. n kwsn patah ada bernanah ke..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 09:54 PM | Show all posts
mungkin kanser akibat radiasi kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2012 10:24 PM | Show all posts
cam sedey je muka die...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 01:28 PM | Show all posts
alahai....ciannya kat dia... muka cam sedey jerrrr...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 02:08 PM | Show all posts
gebunya. tak sangka kucing pun boleh kena kanser.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 08:09 PM | Show all posts
memang kucing ada potensi untuk mendapat cancer......ni Vet yg sendiri bagi tahu.

Tu pasal digalakkan sesapa yg suka bela kucing untuk sentiasa hantar kucing ke Klinik Haiwan untuk check kesihatan kucing...bukan hantar masa sakit je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 04:32 PM | Show all posts
owh, baru taw kucen pong bley kene canser..cian dekor..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.069908 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list